Daisypath Anniversary tickers Lilypie Second Birthday tickers

Monday, July 25, 2011

Islam Is The Way of Life

If my baby is a Girl, this is what she'll wear everyday   ;)





okay probably not this kind of hijab eheheheh





this is sooooooooooo cute ;)





And if my baby is a Boy, he will be the most handsome muslim boy ;)




*melt!*

Wow!! Lasak ye baby.....

Macam ombak lah perut dia :p  maybe lepas ni sab pon macam tu kot hehehe. *tak sabar nya*

Friday, July 22, 2011

Perkembangan Janin - Can't stop watching :)

Setiap ibu dan bakal ibu pasti akan menitiskan air mata setiap kali melihat video ni :)

Tuesday, July 19, 2011

Makan and Makan and Makan Lagi :P

As Salam & morning

Semalam ada buat jamuan kat office, sempena saje-saje and nak sambut kedantangan bulan Ramadhan Al-Mubarak *jangan ponteng pose!*.

So kitaorg buatlah potluck. Sab dengan tak malu minta tolong mak mertua buatkan Butter Cake memandangkan sab ni tak berape nak reti lah kan. Kalau beli memang terror :P

Banyak giler makanan. And Alhamdulillah, semua habis :) kenyangggg weyhhhhhh. 

Okay sila jangan lihat badan saya yang semakin mengembang yeh! huhuhuh.
And gambar tak ikut susunan sangat. Malas ok :P



Okay sila lihat perut saya yang baru 5 bulan 1/2

Cermin kena ada tau


Dah buyong pon kena cakap cakap

Mereka yang paling rapat dgn sab :)

Ulam-ulaman, kerabu mangga and sayur campur

Ayam gorenga rempah

Ni lauk kari. Ade kari daging and ape tah lagi satu

Sambal tumis udang

Ni sayur campur tu

Ahaa! ni the best part la kan. Sambal gesek, belacan, tempoyak and cencaluk!!!

Kiri tulah Butter Cake mother in law sab buat :) and sbelah tu, Brownies Cheese Cake

Custard Bandung nyummi!

Olen olen!

Alamak tak nampak pulak ikan tenggiri tu. huhuhu, Masak lemak cili api dgn daun pegaga

My fav!!! Fruit Custard Pudding

Fruit Salad

Air Rosell... sedappp!!

Aduusssss :P

Wednesday, July 13, 2011

Sesiapa Nak Renovate Rumah? Office? Nak Design Rumah? Ape2 aje lah.

Sila lawati FIM Builder Consortium untuk keterangan lanjut.

Ini company Jai. Jadi, kalau nak cat ke, renovate sikit-sikit ke, nak buat maintenance ke, landscaping, nak supply alat tulis, office supply ke. Apa-apa je lah. Boleh call husband sab.

FREE consultation and FREE quotation  =)

Kenduri Tahlil / Khatam Quran

As salam & selamat petang......

Masa orang tengah sibuk dengan Bersih semua tu, we all family i mean, family Mak Teh (sister my mother) buat kenduri. On Saturday tu buat tahlil, doa selamat and house warming. And on Sunday pula, buat tahlil again and khatam  Quran untuk cousin-cousin ku 3 orang. So pagi tu macam biasa lah, sedara mara terdekat je yang ada. Harapan arwah atok sebenarnya nak tengok cucu-cucu dia khatam, tapi Allah lebih menyayanginya. *Al Fatihah untuk atok*

Seperti biasa, ayah sab jadi ketua acaranyalah, sebab mak sab yang sulong, kira ayah sab menantu sulong and yang tua ler hehehe. Masa bawa tahlil dah sok sek sok sek kitaorg, sebab teringatkan arwah atok. Uwan sab lagi la meleleh je air mata dia. Suami kesayangan dah tiada masuk 2 tahun Oktober ni. Uwan masih belum boleh menerima ketiadaan atok. Asik lah cakap pasal atok ='(

Selesai je tahlil, mula acara untuk khatam Quran cousin-cousin sab. Syok dengar budak-budak tu membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Sab kecik-kecik ada pergi mengaji kat area rumah, tapi tak kesampaian nak ke sekolah agama. Dah tua-tua ni baru lah nak belajar-belajar. Boleh lah sikit-sikit. Masih dalam pembelajaran. Nasib baik lah kenal huruf dari tak tahu ape-apekan.

Selesai khatam, ayah sab baca doa, tapi dibacanya dalam bahasa melayu. Ya Allah tersentuhnya jiwa. Abah cakap, bila kita baca dalam bahasa melayu, kita lebih faham dan tersentuh ke hati. *ye lah, bagi yang tak mendalami bahasa jawi/arab ni mana nak faham kan maksudnya*. Meleleh-leleh airmata masing-masing. Terus teringat benda-benda lama ='(

Habis je Khatam, selawat ke atas Nabi. Lepas tu sesi mengambil gambor leh huhuhu. Haaaa, tengok lah kitaorg berposing-posing ni. Dengan mak sab, mak cik sab, cousin semua. Lawak giler! Jangan gelak ok!

Lokasi: kediaman Mak Teh saya di Mutiara Bangi (merangkap jiran saya huhuhuh)

Berdiri Dari kiri: Mak Lang, Ibu Saya, Hanis (Cousin), Saya, Ain Khaleeda (Cousin), Kakak saya, Mak Usu, Adlina (Cousin)
Duduk dari kiri: Mohd Hafiy (13), Mohd Haris (11), Mohd Ariff (13) -semua cousin

Me and Ain Khaleeda (Form 1 budak ni!)

Me, Kakak and Ain

Again kami bertiga

And again ahahhahaha

Yeh itu dia aksi nasyid kami hahahaha

Okay kami tinggi sama, tapi umur berbeza.....
Ain (13), Saya (25), Kakak (30) and Mak Usu (30+)

Ibu saya memang seorang yang havoc heheheh =p

Monday, July 11, 2011

What Makes Me Smile

Setiap kali teringat waktu nikah, Sab takkan berhenti tersenyum. Saat tu adalah yang terindah. Sangat manis sehingga tak boleh diungkap dengan kata-kata.

I Love You Sayang. Sehingga ke akhir hayatku.....

Friday, July 8, 2011

Ubat Batuk & Ibu Pregnant

As Salam & afternoon

Hari Jumaat ni masuk lah 3 hari sab dah batuk2, semput, selsema and demam. Sampai sakit2 badan. Malam pulak dok lah terbatuk2 sampai tak boleh tidor jai. Hari Selasa lepas dah start sakit2 tekak, jai pon belikan Difflam yang warna merah tu. So lepas dah hisap, lega lah sikit. Tapi hari Rabu, pergi gak office sebab ada meeting pagi tu. Ingat lepas meeting nak gi klinik. Sekali tak sempat nak tunggu habis meeting sab dah tak larat sebab batuk and tak boleh nafas. Rasa dada sempit sangat. So call ibu, ibu amik kat office terus gi Columbia Asia Hospital. Jumpa dengan Doc Ng. So bila dah check, kena amik gas skejap. Sebab dah semput tak boleh nafas. Nak jumap doc Raja, tapi dia tengah full. Tak pelah kan, janji dah kat hospital. So, doctor bagi Ubat batuk Prospan untuk siang and Ubat batuk FluiFort untuk malam. And also dia bagi ubat Salbutamol 2mg (Vintolin) untuk cairkan kahak. Doc cakap ubat ni selamat untuk ibu pregnant sebab dose yang sikit. Sebab tu jugak dia tak bagi makan Antibiotik. Dapat lah MC 2 hari .So lepas dah settle semua, kitaorg pon balik rumah Bangi. Sebab jai kerja dia amik petang nanti. Dulu pernah jugak batuk teruk, tapi batuk masa pregnant ni sakit dia lain macam. Sebab bila kita batuk dia tolak dada and sampai ke perut. Risau jugak dengan condition baby, harap2 baby okay. Batuk sampai nak terkencing dibuatnya. Bila batuk kena kepit and satu tangan pegang bawah perut, and satu lagi tangan tahan dada. Sebab sakit sangat.



So now dah masuk hari ke 3 sab batuk, dah makin kurang. Kadang2 je bila batuk kuat sakit sikit. Tapi malam tadi tak batuk sangat macam malam2 lepas.Tadi sab ada update status kat FB, thn ada juga yang advice jangan makan ubat batuk sebab merbahaya untuk baby. So sekarang ni sab dah konfius. Sama ada nak dengar cakap doctor or ibu-ibu yang pernah mengandung ni. Sebab sab rasa, doctor lebih berpengatahuan tentang semua ni kan. Doc hanya bagi ubat yang sesuai. And untuk mengurangkan sakit. Sab ada baca article, ramai yang cakap tak ape makan ubat batuk, asalkan kita dapat nasihat dari doctor terlebih dahulu and ikut prescription. 

Haish. Runsing.

Wednesday, June 29, 2011

Fibroid Ketika Hamil

As Salam & hey guys

Semalam sab buat Detail Scan kat Columbia Asia Hospital, Puchong. Masa tengah scan, doctor check baby semua okay. Alhamdulillah. Doctor check otak dia, jantung, jari jemari. But suddenly doctor check ada fibroid dalam rahim. And besar fibroid tu dalam 2.5cmX3.5cm macam tu lah. Terkejut jugak sab dengar. Sebab tak pernah tahu yang perempuan mengandung pon boleh ada fibroid. So sab tanya lah doctor, bahaya ke? Doktor kata kes ini biasa. Dalam 10 orang, 6 orang ada fibroid. Tapi ikut orang juga, ada yang makin membesar dan mengganggu perkembangan baby. Sab harap tak ada masalah nanti. Sebab banyak kesan sebenarnya. Ini yang sab ada jumpa dalam Google.

10-30 % yang bermasalah tu mungkin akan merasa:-

1. rasa sakit akibat rahim yang membesar, akan terasa sakit di bahagian belakang, kawasan ari-ari, peha dan kaki….tapi orang mengandung tanpa fibroid pun alami sakit sebegini….kan???
Antara 3-4 bulan kandungan, ada fibroid akan mengalami “red degeneration”-iaitu bahagian tengah fibroid degenerated (???mati) dan akan sebabkan rasa sakit yang amat sangat tetapi sakit tu berakhir dengan sendiri antara 4-5 hari kemudian. Rawatan hanya dengan berehat, tuam dengan air suam tau ambil je paracetamol.

2. keguguran boleh berlaku di awal kandungan kerana fibroid menghalang kandungan melekat pada rahim..tapi aril, isteri mungkin selamat dari keguguran sebab kandungan dah masuk tiga bulan.

3. mungkin fibroid menekan pundi kencing yang akan sebabkan acap kencing atau sukar untuk kencing atau menekan usus dan sebabkan sembelit

4. lahir pramatang boleh berlaku kerana fibroid ganggu pembesaran semulajadi rahim.

5. kandungan mungkin akan berkedudukan tidak normal- melintang, sonsang, mengiring diakhir kandungan menyebabkan tidak boleh bersalin secara biasa.

6. jika fibroid ada dibahagian bawah rahim dan dekat pangkal rahim, jalan untuk bersalin biasa akan tersekat dan kandungan tidak boleh lahir secara biasa

7. kekadang kedudukan uri jadi tidak normal

Ianya bergantung kepada saiz fibroid dan kedudukannya pada rahim. Pendapat yang mengatakan saiz fibroid akan membesar cepat ketika mengandung adalah kurang tepat, kajian terbaru mengatakan bahawa saiz fibroid akan kekal atau membesar sedikit sahaja walaupun paras estrogen tinggi ketika mengandung. Ada juga kes yang fibroid makin mengecil semasa mengandung.

So, sekarang ni sab berdoa agar tidak timbul sebarang masalah ketika mengandung ni and masa nak lahirkan baby. And harap baby sab sihat. Lagi 2 minggu sab ada appointment dengan Doctor Raja, so sab akan tanya sepenuhnya. In the mean time, siapa-siapa yang pernah jadi macam ni mohon bagi pandangan. TQ.
Kalau boleh nampak ada benjolan kat atas tu. Itulah yang doctor detect fibroid.