Thursday, March 1, 2012
Saturday, February 18, 2012
Pengalaman Bersalin
Assalaamualaikum wbt.... and good evening :D
Wahh lama nya tak update blog ni. Bersawang2 dah haaaaa huhu. OK, haritu kawan sab ada msg kt fb tanya kalau sab nak share pengalaman bersalin untuk Majalah Jelita. So, sab pun fikir why not kan..... At least boleh lah sab ingat peristiwa masa bersalin kan Alaisya. Nanti Alaisya dah besar boleh lah dia baca ehhehe :D
Ni yang sab tulis untuk Majalah Jelita. Katanya keluar untuk bulan Mac. Kite tunggu dan lihat......... Sementara itu, enjoy reading!!! :D
Setiap wanita yang sudah berkahwin dan mengandung dan akan menjadi seorang ibu bakal melalui perkara yang sama iaitu menjalani proses bersalin dan seterusnya membesar dan mendidik anak. Seperti saya, sepanjang tempoh mengandung saya asyik terfikir bagaimana agaknya proses bersalin yang akan saya alami nanti. Adakah ia senang atau susah? Tetapi yang pastinya saya tidak mahu melahirkan anak melalui pembedahan. Saya ingin merasa sakit bersalin normal ini. Dan saya juga menanamkan semangat untuk tidak mengambil ‘epidural’.
Pada 10 November 2011 petang, saya ke hospital untuk pemeriksaan kandungan yang pada waktu itu sudah 38 minggu. Dijangkakan saya akan bersalin pada 20 November. Memandangkan esok adalah tarikh yang cantik iaitu 11 November, saya pun bertanyakan pada doktor sekiranya saya mahu ‘induce’ untuk bersalin esok. Doktor memeriksa bukaan saya, tetapi malangnya saya tidak boleh ‘induce’ kerana bukaan hanya 1 sentimeter. Dalam hati berkata mungkin baby saya nak duduk lama lagi dalam perut mamanya ni.
Pada malam harinya, ketika saya nak mandi, saya perasan ada sedikit darah bercampur lendir yang keluar. Suami kata mungkin disebabkan doktor periksa bukaan petang tadi. Nak kata sakit, tidak pula terasa apa-apa.
Pada keesokkan harinya, masih ada darah bercampur lendir yang keluar. Saya sempat lagi Google di internet mengenai tanda-tanda awal nak bersalin. Sesetengah wanita akan keluar darah ataupun pecah air ketuban. Hati dah mula berdebar ni. Jadi nak menyedapkan hati, kami pun ke hospital semula untuk mendapatkan kepastian. Setibanya di hospital, saya cakap yang ada keluar darah sedikit tetapi tak ada rasa sakit. Oleh itu, saya diperiksa oleh bidan. Saya dipasangkan alat CTG di perut untuk mengesan nadi bayi dan juga kontraksi. Bidan periksa bukaan tetapi baru 2 sentimeter. Kontraksi pon tak kerap dan bayi pula sedang tidur. Hampir 3 jam saya di dalam wad bersalin. Selesai periksa, bidan kata belum lagi nak bersalin. Dia kata bila dah rasa teramat sakit baru datang hospital. Jadi saya balik dengan perasaan yang agak hampa sebab tak dapat nak bersalin pada hari itu. Nak menceriakan hati ini, suami terus bawa pergi makan dan jalan-jalan.
Malam itu, kami pergi makan malam di Damansara, tengah makan saya terasa sakit kat ari-ari lebih kerap. Terdetik dalam hati, ini kontraksi betul atau permulaan. Dalam perjalanan pulang ke rumah pun terasa lagi sakit. Saya berkata pada suami dah sakit kontraksi ni. Tapi, nak tunggu biar lebih kerap. Sampai rumah, saya mula mengira berapa kali kontraksi datang. Pada mulanya ia datang setiap 30 minit. Tetapi tibanya jam 4 pagi, kontraksi sudah mula lebih kerap, iaitu setiap 15 minit. Disebabkan saya mengantuk kerana tidak dapat tidur, saya biarkan dahulu. Hati kecil berkata inilah agaknya kontraksi yang sebenar. Sakitnya bukan sakit biasa. Lebih sakit dari ketika datang haid. Masuk jam 6 pagi, saya dah mula tak tahan. Pergi tandas rasa seperti hendak buang air besar, tapi tidak boleh. Kontraksi datang lebih kerap, kini setiap 5 minit. Saya kejut suami, kami pun bersiap ke hospital. Dalam keadaan yang hujan lebat, perjalanan dari rumah ke hospital yang hanya mengambil masa 30 minit terasa bagaikan 2 jam. Tidak senang duduk dibuatnya dalam kereta. Sampaikan tangan tak cukup nak memegang segala benda.
Setibanya di hospital, saya terus diusung ke wad bersalin. Saya diberi ubat untuk buang air besar. Pada waktu itu, sudah terdetik dalam hati bahawa saya dah hampir nak bersalin. Tetapi masih belum menghubungi sesiapa kerana fikir lambat lagi. Anak pertama katakan, mana ada pengalaman nak bersalin. Di katil, nurse pasang CTG kat perut. Saya sempat tanya tak masuk wad ke. Nurse cakap kontraksi saya dah cantik, jadi duduk wad bersalin sahaja. Katanya anggaran dalam 6 jam lagi saya bersalin. Masa tu rasa dah tak boleh nak tunggu 6 jam sedangkan baru pukul 7.30 pagi. Saya suruh suami telefon ibu, abah dan keluarga yang lain. Ibu punyalah marah kenapa tak telefon awal, sebab dia dari semalam dah mula risaukan saya.
Jam 8 pagi, bidan periksa bukaan dan sudah 3 sentimeter. Nurse masukkan drip air dan bagi suntikan untuk percepatkan bukaan. Selain itu, nurse ada bagi gas Etonox untuk saya sedut, ini adalah untuk mengurangkan rasa sakit ketika kontraksi berlaku. Tapi saya puaslah sedut, rasa sakit itu tetap ada. Untung suami ada bersama saya, dapatlah mengurangkan sedikit rasa sakit. Kontraksi makin kerap dirasa dan pada jam 9.30 pagi, bidan periksa bukaan sudah 5 sentimeter. Orang kata, untuk mengelakkan diri dari terlalu penat, cuba untuk tidur di antara kontraksi, tapi saya tetap tidak dapat melelapkan mata walau sesaat. Perasaan bercampur baur ketika itu. Saya akui saya berasa amat takut. Tapi, saya cuba untuk ketepikan perasaan itu dan berfikiran positif. Hanya zikir dan doa yang dapat saya ungkapkan dalan hati.
Doktor saya tiba untuk memeriksa saya, dan pada waktu itu juga dia memecahkan air ketuban untuk mempercepatkan lagi bukaan. Dan pada jam 11.30 pagi, bidan memeriksa bukaan, kali ni ia sudah 7 sentimeter. Hanya tinggal beberapa sentimeter sahaja lagi untuk bayi saya keluar. Waktu itu, saya terbayangkan wajah ibu. Inilah yang dirasai oleh ibu ketika hendak melahirkan saya. Tidak dapat digambarkan perasaan kesal dan berdosa pada ibu. Nurse tanya pada saya, samaada saya hendak berjumpa dengan ibu kerana sejak dari pagi ibu hanya berdiri di hadapan pintu masuk wad bersalin. Saya hanya mampu menganggukkan kepala sambil mengalirkan air mata. Dari jauh saya dapat dengar suara ibu memanggil. Ibu berlari ke arah saya, dahi dan pipi saya dikucup berulang kali. Tangan saya digenggam erat. Saya yang tidak mampu nak berkata kerana terlalu penat hanya mampu mengalirkan air mata. Saya masih ingat ibu berkata, “Adik, ibu maafkan segala salah dan silap adik, ibu sayangkan awak sangat. Ibu doakan adik selamat bersalin ye. Kat luar tadi ibu tak putus-putus berdoa agar dapat berjumpa dengan awak. Ibu tunggu awak dan baby kat luar. Adik banyakkan berzikir dan mengucap. InsyaAllah semua akan selamat.” Ibu pun berlalu pergi. Nurse yang berada di dalam bilik pun turut mengalirkan air mata.
Satu jam selepas itu, bidan memeriksa bukaan sekali lagi, kali ini bukaan sudah 9 sentimeter. Nurse kata saya dah dekat nak bersalin. Nurse menyuruh saya teran ketika kontraksi berlaku. Ini adalah untuk mempercepatkan lagi baby keluar. Beberapa kali saya cuba dan ternyata ia memenatkan. Suami memberikan sokongan sepenuhnya pada saya. Tak lama selepas itu, doktor saya pun tiba. Dia pun bersiap untuk menyambut bayi saya. Bila kontraksi mula balik, saya pun meneran dengan sekuat hati sehingga rasa macam tak dapat bernafas. Saya tak berhenti langsung. Dengar suara-suara kat dalam tu "Push Sabrina, haa pandai pun. Push lagi." Seorang dari nurse tu cakap dah nampak rambut baby. Bila sekali lagi kontraksi saya teran sekuat hati dengan tenaga yang bersisa dan tepat 1.05 tengahari, 12 November 2011 hari Sabtu, Nur Alaisya pun lahir. Saya boleh rasa ada sesuatu yang keluar dari bawah mengelongsor beserta dengan cecair yang agak panas, darah mungkin. Sejurus baby keluar, doktor terus meletakkan bayi saya kat dada. Tangisannya kuat sekali tetapi bila Alaisya diletakkan atas dada saya dia terus senyap, malah dia membuka mata dan memandang saya. “Assalamualaikum sayang, mama ni.” Air mata seorang ibu mengalir dengan sendirinya. Doktor memberikan gunting pada suami untuk memotong tali pusat baby. Alhamdulillah.., hanya itu yang dapat saya ungkapkan. Suami terus mencium dahi saya dan ketika itu juga segala penat dan sakit hilang serta merta. Sehinggakan ketika uri hendak dikeluarkan serta waktu doktor menjahit luka saya tidak perasan bila, dek terlalu asyik memandang anak kami. Selepas itu bayi saya ditimbang dan dibersihkan. Suami mengambil peluang untuk Azan dan Iqamat pada telinga anak kami. Perasaan ketika itu seperti tidak percaya yang kini saya adalah seorang ibu. Saya boleh rasakan bagaimana terbitnya perasaan sayang yang tidak berbelah bahagi terhadap insan kerdil di sebelah saya dengan kedua mata tertutup dan raut wajah yang tenang.
Walaupun kini sudah 3 bulan lebih berlalu, saya masih tidak dapat melupakan pengalaman sewaktu melahirkan puteri sulung kami Nur Alaisya. Pada saya, itu adalah pengalaman manis yang paling berharga yang tidak mungkin saya dapat luputkan dari ingatan. Dari saat mengandung, melahirkan dan sehingga kini, perasaan sayang terhadap anak kecil ini semakin menebal. Semoga kebahagian kami sekeluarga akan kekal selamanya.
Pengalaman yang menyakitkan, tetapi manis dikenangkan ;)
Friday, November 18, 2011
Introducing our baby girl......... Nur Alaisya :)
Introducing..................... our baby girl........
Nama : Nur Alaisya binti Faizal
Maksud : Cahaya Yang Dilindungi Allah swt
D.O.B: 12.11.2011
P.O.B : Columbia Asia Hospital, Puchong
Weight : 2.89 kilogram
;)
Tuesday, October 4, 2011
Monday, October 3, 2011
My Maternity Photoshoot :)
As Salam..... & hye people
On the 15th September sab dengan jai amik maternity shoot kat Lake Garden. Photographer kitaorg is my sister's friend abg Amir or known as Sang Pencinta Ratu. Kitaorg start shoot dari kul 9am sampai lah kul 12 noon. Penat woooo!!!! Tapi..., enjoy! :D
Gambar dia awesome ok!!!!! Tapi belum siap lagi yeh. So ni ada 2 keping dulu sab tonton kan ;)
Blog Sudah Mula Bersawang
As Salam & ...... good evening?? dah malam rupanya.
Lama dah sab tak update blog. Last was Raya nye post. Well, sab actually dah tak kerja. Sab kontrak for 2 years (smp Dec 2011 ni) but, me and Jai decide sab benti awal. Sebab sab due pon bulan Nov ni... (NEXT MONTH YEH! cepatnye....) so sab last 16 Sept yang lepas. Now dok lah ulang alik ke bangi (rumah my parents) sebab kat subang siang takde orang, so my mom agak risau lah if pape jadi. *ikut kan aje lah huhu*
Well, weekdays sab kat bangi, abah ade rumah sebab dah pencen. So, jumaat sampai ahad sab ade kat subang. Sian kat jai kena dok lah hantar sab ke bangi. Humph....... Well, actually bila kita dah duduk rumah sendiri dengan jai and my MIL, bila kita kat rumah parents rasa awkward plak. And dunno why, sab time pregnant ni tak boleh berjauhan dengan jai. Time tidor kat bangi, memang tak nyenyak *dapat lak tidor dengan mak sab huhu* pagi time subuh tu baru lah nak lelap. mmmmm. Tapi bila dengan jai, lenaaaaa tido :)
Ikutkan memang nak duduk subang je, tapi takpelah. Sian pulak abah kat rumah sorang2. ermmm.......
So sekarang ni, menghitung hari lah sampai sab due :) semoga semua berjalan lancar....... Amin....
Tuesday, September 6, 2011
Raya Aidilfitri 2011
As Salam & petang everyone :)
Sab pon nak gak update blog pasal Raya tahun ni 2011. This year, kitaorg raya kat Bangi. Rumah ibu and abah. Dengan mak mertua sekali raya dengan kitaorg eheheh. Sebab jai pon orang KL jek. So first raya together kitaorg raya belah sab. Tahun depan belah husband plak. Tapi takda beza sangat pon. Sebab rumah ibu kat bangi, rumah MIL kat subang jek. Macam this year, sehari sebelum raya tu, MIL tidor rumah bangi, buat rendang eheheh. Rendang dia sedapppp weyhhhh!! Tu yang kitaorg book awal2 hehehee. Lepas je semayang raya kat Surau Al-Mawaddah, Mutiara Bangi, kitaorg pon bersalam-salaman and lepas tu dalam kul 11.30am, terus gi umah uwan sab kat Kajang. *Oh before kitaorg sampai bangi tu, singgah kejap jenguk kubur arwah nenek jai..*
Lepas je kat rumah uwan kajang, kitaorg terus shoot balik kampung abah kat Kg. Lonek, Batu Kikir, Negeri Sembilan. Semalam je kat kampung, dah habis rumah sedara mara semua the next day terus balik KL. Jam nye aduhaiiiiii, mau tergeliat pinggang dibuatnya huhuhu. So ni adalah sikit gambar raya kitaorg :D
Abah jadi mando jek :p
Haaaa tu dia chef nya. my MIL :)
Haaa ni masa tengah masak rendang ayam!! sedaapp!!
Kakak saya :)
Ni masa tengah masak rendang daging. Kuali kecik jek hehehe
Kuih Keria fav saya!!!!!! *yang bulat cantik tu sab buat yeh*
Usop Wilcha eheheh :p
Konon la tu :P
Ntah ape yang digelakkan nya tu.... Ni kat rumah ibu n abah :)
Abg Ipar and kakak
My Handsome Daddy! I Love U!!!!
Me, Jai and MIL
Me @ 28 weeks :)
My Hero
Uhuk.uhuk. nangis2 peluk kakak ;'(
Huwaaaa lagi mencurah2 air mata bila salam dengan jai :'((((
Kakak saya yang ayu
We look so blueeeeeee ;)
Welcome to Kampung Lonek y'all :p
Okay......
TAMMAT
Monday, August 22, 2011
Umur Yang Sesuai Untuk Bawa Baby Keluar Berjalan?
As Salam & morning
Sab ni dah nak masuk 7 bulan, macam2 yang sab dok fikirkan bila baby dah keluar nanti. Dulu masa muda2 takde lah terfikir sangat. Tapi bila dah dekat nak jadi seorang ibu ni, banyak yang nak kena fikir. Semalam masa berbuka kat surau area rumah Bangi, adalah nampak sorang baby, comel sangat. Sab tengok eh kecik lagi baby ni. Tengok bibik dia tengah dukung baby tuh. Sab pon gi lah kat bibik tu. Usap2 sikit kepala baby yang comel tu. Geram sangat. Tanya lah bibik, "Bape bulan ni kak?" dia cakap baru satu bulan 1/2. Dalam hati sab pon HAAA??? Baru sebulan setgh dah bawak keluar time2 maghrib. Memang lah bulan Ramadhan, tapi baby tu dok lah meragam macam rimas. Mak nye pon rilek je makan kat meja. Ermmmm. Sab cakap dengan ibu, baby tu kecik lagi dah bawak jalan2. Ibu cakap, "Ish, ibu dulu, masa kakak dengan awak, ibu tak bawak keluar rumah lepas kul 6.30 petang. Sampai lah umur dekat 6 bulan. Ibu cakap, kalau nak bawak jalan pon tunggu baby dah 4 bulan. Time tu dah kuat sikit badan dia. Lagipon kesian kat baby nnt, dia cepat rimas. Kalau tempat yang ramai orang yang berpeluh2 nanti baby.
Sab pon cakap dengan ibu, ina nanti takmo bawak keluar sampai umur 4 bulan. Kalau pergi hospital tuh okaylah. Tapi kalau nak amik angin pon tengok tempat. Tak semua tempat sesuai dengan baby baru lahir ni. Macam2 penyakit ade kat luar tuh. Kite yang dewasa ni pon senang kena jangkit, inikan pulak baby yang baru je lahir. Lagilah senang nak kena kan....
Kalau sab nanti, nak bawak baby jalan2 siang pon time matahari tak terik and balik rumah by 6 petang. Malam takde nye nak keluar2 *unless terpaksa*.... Lagi satu sab tak nak terbiasakan anak2 jenis yang keluar dari siang and balik malam. Maghrib pon kat luar. Memang dulu kite macam tu, tapi takmolah anak2 ikut perangai tak elok kita tuh. Kalau boleh nak didik dari kecik lagi. Tak ada parents yang nak anak2 ikut contoh yang tak elok kan.
Btw, apa2 pon ini adalah pandangan dari sab sendiri. Terpulang lah pada ibu bapa yang lain nak didik/jaga anak macam mana kan. Setiap parents nak bagi yang terbaik untuk anak2 mereka :)
Wednesday, August 17, 2011
Aku Tak Mahu Suamiku Berdosa
Aku tak mahu suamiku berdosa
Lantas aku melabuhkan jilbabku
Berusaha menutup sempurna auratku
Lantas aku melabuhkan jilbabku
Berusaha menutup sempurna auratku
Aku tak mahu suamiku berdosa
Lantas aku perlengkapkan diriku
Dengan ajaran agama
Agar dapat membezakan
Antara yang benar dan salah
Lantas aku perlengkapkan diriku
Dengan ajaran agama
Agar dapat membezakan
Antara yang benar dan salah
Aku tak mahu suamiku berdosa
Lantas aku hadkan pergaulanku
Dengan yang bukan mahramku
Lantas aku hadkan pergaulanku
Dengan yang bukan mahramku
Aku tak mahu suamiku berdosa
Lantas aku menjaga diriku
Agar terhindar dari fitnah manusia
Lantas aku menjaga diriku
Agar terhindar dari fitnah manusia
Aku tak mahu suamiku berdosa
Kerana aku sayangkan suamiku
Dan aku tak mahu suamiku terhumban
Ke neraka jahanam kerana diriku
Kerana aku sayangkan suamiku
Dan aku tak mahu suamiku terhumban
Ke neraka jahanam kerana diriku
Aku tak mahu suamiku berdosa
Kerana aku
Kerana aku
Aku tak mahu suamiku berdosa..
Subscribe to:
Posts (Atom)



































