Assalamualaikum wbt & morning.
Sejak-sejak sab berkahwin ni, banyak dugaan yang datang. Ramai pulak yang dengki dengan our marriage sampai nak comment2 benda bukan-bukan. Tapi sab dengan jai tak pernah sekalipun nak melatah apatah lagi nak memaki hamun. Sebab ini semua kerja orang bodoh. Kalau kita layan kita pon sama bodoh. Jadi, adalah lebih baik berdiam diri dari terjebak dalam pertelingkahan macam ni. So, untuk kamu yang selalu comment tak elok kat post sab, renung-renungkan lah maksud PHD ini. Jangan risau, sab dengan jai tak marah. Cuma doa kami, sesiapa saja yang memburuk-burukkan kami, bersemukalah dan ceritakan apa masalah sebenarnya.
Salah satu tanda wujudnya penyakit hasad dengki dalam masyarakat ialah berlakunya perbuatan jatuh-menjatuhkan, pulau-memulau dan fitnah-memfitnah di kalangan segelintir anggota masyarakat. Sindrom negatif ini wujud kerana ada yang kurang senang ataupun iri hati terhadap kelebihan ataupun kejayaan yang dinikmati oleh orang lain. Sifat dengki yang keji ini bukan sahaja boleh menimbulkan perselisihan, perasaan dendam dan permusuhan yang berpanjangan, malahan ia juga berpotensi memporak perandakan masyarakat hatta menjejaskan keamanan negara.
1. Sifat dengki menghapuskan amalan baik. “Jauhilah olehmu sekalian akan sifat dengki, kerana sesungguhnya dengki itu menghapuskan kebaikan, sebagaimana api menghanguskan kayu bakar. (Al-Hadis).
2. Perasaan dengki mendorong seseorang untuk membuat kemungkaran dan penderhakaan terhadap Allah.
3. Sifat dengki menyebabkan seseorang itu terpinggir daripada memperolehi syafaat pada hari kiamat.
“Tidak termasuk golonganku si pendengki, orang mengadu domba, orang yang mempunyai ilmu menilik dan aku pun tidak daripada golongannya.”
(Al-Hadis).
4. Pendengki yang tidak segera bertaubat akan dihumban ke dalam neraka. Natijah buruk ini diperingatkan oleh Rasulullah s.a.w. melalui sabdanya, mafhumnya:
“Rasulullah s.a.w. ditanya mengenai enam golongan yang akan ditempatkan ke dalam neraka. Rasulullah s.a.w. menjawab: Enam golongan orang yang akan dimasukkan ke dalam neraka ialah pemerintah yang menganiaya, orang Arab dengan sifatnya yang fanatic, penjajah dengan keangkuhan mereka, usahawan dengan perbuatan khianat, orang kampung dengan kebodohan mereka dan ulama dengan sifat dengki mereka."
5. Sifat dengki memungkinkan seseorang itu melakukan kemudaratan terhadap orang lain. Kenyataan kesan buruk ini dapat disandarkan kepada kisah Habil dan Qabil yang dirakamkan oleh Allah di dalam al-Quran. Hasad dengki dan dendam kesumat yang membelenggu perasaan Qabil mendorongnya untuk membunuh Habil.
6. Sifat hasad dengki menyusahkan diri sendiri.
Lazimnya, orang yang mempunyai penyakit hasad dengki tidak pernah selesa dan tidak pernah merasa tenteram. Ini kerana setiap detik dia hanya memikirkan kelebihan serta keistimewaan yang dinikmati oleh orang lain di samping sentiasa memikirkan bagaimana menjatuhkan orang berkenaan serta merasakan dirinya wajar memiliki kelebihan itu.
7. Hasad dengki boleh menyebabkan seseorang itu sukar memahami ilmu agama dan hukum hakam. “Orang yang berhasad itu tidak akan menuai hasil keuntungan.”
sahabat-sahabat yang didimuliakan Allah!
Hasad dengki hanya akan menyebabkan kerugian kepada orang yang memilikinya justeru ia akan terpinggir daripada hidup bermasyarakat, mempunyai perasaan yang sentiasa tidak aman dan menyebabkannya melakukan perkara lebih keji.
"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah daripada perasaan prasangka (buruk sangka), sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu ada dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian daripada kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang daripada kamu memakan daging saudaranya yang telah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Oleh yang demikian, bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha penerima taubat lagi maha pengasih sayang.” (Q.S. al-Hujurat: 12).
tu lah namanye manusia yang kurang didikan agama...kalau lembu senang jer kita nak cucuk hidung...nak ke kiri ke ataupun ke kanan...sabar jer lah dan buat tak tau aje...penat sok diam lah tu...
ReplyDelete