Daisypath Anniversary tickers Lilypie Second Birthday tickers

Friday, March 18, 2011

Blog Ibu yang Cekal dan Tabah

Assalamualaikum wbt & hye bloggers..

Hari ni, masa sab tengah browse blog member, terjumpa satu blog.. i mean dua blog.. mula tertarik sebab gambar-gambar anak2 mereka..kemudian bila sab mula membaca satu persatu penulisan mereka, sab mula mengalirkan mata.. air mata mengalir kerana coretan mereka.. pengalaman pahit dan manis yang dikongsi cukup menyentuh hati bukan sahaja perempuan malah lelaki.. mula berlegar dalam kepala,
"tak mungkin aku setabah mereka.. tak mungkin aku mampu buat apa yang mereka lakukan.."

Air mata sab semakin laju jatuh berderai.. tak sanggup nak meneruskan membaca, tapi hati berdetik, "kalau kita yang hanya membaca pengalaman orang lain pon boleh menangis, apetah lagi orang yang memikulnya" jadi sab teruskan membaca.. dan sab dapati, walau pelbagai dugaan menimpa.., mereka tetap kuat dan tabah menghadapinya setiap hari.. malah, bebanan yang ditanggung itu bukan lah menjadi beban lagi, tp cabaran hidup..

so, sini sab nak share blog mereka.. bacalah dan hayatilah.. cuba fahami apa yang mereka lalui.. mungkin kita tak dapat nak rasa apa yang mereka rasa, tapi cuba kita ambil ikhtibar dan jadikan sebagai contoh untuk kita menjadi lebih positif dan kuat bagi menempuhi liku-liku hidup kita..



No comments:

Post a Comment