Friday, February 18, 2011

Solemnization Ceremony // Photo by Saffandi

As Salam..
haritu sab ada janji kan nak upload pictures dari Abg Bob.. so ni dia sab dah tunaikan janji sab :D  tpi ni gambar akad nikah.. nanti once sab dah dapat gambar masa reception, sab upload k..

btw, masa nikah and reception tu, sab demam uhuk3.. :(  tak larat sgt smp malam lps reception kena gi Hospital An-Nur amik ubat and injection.. huwaaaa.. :'(  seminggu lebih menanggung seksa smp kena 3 klinik.. last2 gi Columbia Asia kat Puchong amik darah semua.. adehh.. penangan kawen nye pasal heeheh.. ape2 pon, semua berjalan lancar.. Amin....

so enjoy eh tgk gambar kami...

















Thursday, February 17, 2011

Formula '7K' bagi Suami Isteri

Ketaqwaan
Kasih sayang
Kesetiaan
Komunikasi dialogis
Keterbukaan
Kejujuran
Kesabaran

Rokok Ada Bahan Babi????! betul keeee...

As Salam.. post kali ni sab sendiri pon tak sure sahihnya.. tapi sekadar share dgn korunk semua.. betul atau tak itu tak pasti.. mmmmm.. tapi kalau betul lah kan.., isshhh.. scaryy tuh.. ape2 pon, jom kita baca..

Satu penemuan baru oleh Profesor Simon Chapman dari Universiti Sydney Australia yang mendapati rokok mengandungi bahan dari darah khinzir sepatutnya membuka mata hati umat Islam yang berpendapat dan mengatakan ROKOK TIDAK HARAM.

Profesor Chapman telah merujuk kepada penemuan Pengkaji dari Belanda yang telah mengenal pasti sejumlah 185 bahan berbagai guna menggunakan "haemoglobin" atau darah merah. Termasuk darah khinzir yang di gunakan pada penapis "filter" rokok. Darah khinzir di gunakan untuk menjadikan penapis rokok lebih berkesan menghalang bahan kimia dari terus masuk ke dalam paru paru perokok.


Penemuan Prof Chapman ini telah membongkarkan bahawa selama ini syarikat Pengeluar rokok sedunia tidak pernah mengistiharkan adanya kandungan bahan ini dalam rokok keluaran mereka. Nampaknya perkara ini dirahsiakan selama ini. Sukar untuk di percayai bahawa syarikat pengeluar rokok tidak perlu mengistiharkan kandungan bahan yang ada dalam rokok kerana menurut kata mereka bahan bahan dalam rokok ada 'resipi rahsia bisnes". Ini sangat mengejutkan kita.

Jika anda seorang perokok , bayangkan sudah berapa banyak bahan HARAM termasuk darah khinzir saperti ini sudah meresap kedalam darah daging anda dan keturunan anda?

Wednesday, February 16, 2011

Hukum Sambut Valentine

Tarikh 14 Februari merupakan hari yang dianggap keramat oleh pasangan-pasangan yang sedang berkasih. Hari yang dikenali sebagai Valentine’s Day atau Hari Memperingati Kekasih dianggap sebagai satu masa untuk mengisytiharkan ketulusan cinta kepada pasangan masing-masing.

Maka pada 14 Februari, pasangan-pasangan kekasih ini akan memakai pakaian yang terbaik dan sebaiknya hendaklah ia berwarna merah, bertukar-tukar hadiah dan seeloknya adalah bunga ros berwarna merah.

Pasangan-pasangan ini juga akan bercanda di merata-rata tempat sehingga terjadilah adegan-adegan maksiat yang bertentangan dengan syarak demi untuk membuktikan kasih dan sayang mereka yang tidak ternilai harganya.

Saban tahun juga para ulama mengingatkan kepada umat Islam agar menghindari menyambut Hari Valentine ini namun ia seperti menuang air ke daun keladi. Hari Valentine tidak ada kena-mengena dengan umat Islam malah hukum menyambutnya adalah haram. Ia adalah sambutan yang berkaitan dengan agama Rom kuno dan juga Kristian.

SEJARAH SAMBUT HARI VALENTINE
Bila kita membicarakan tentang sejarah sambutan hari Valentine, maka kita akan dapati bahawa terdapat empat pendapat berkaitan dengannya.

1)Pendapat pertama

Mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13 hingga 18 Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata.

Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun.

Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih dua pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu.

Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai dua pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ia akan menambahkan kesuburan mereka.

2) Pendapat kedua

Mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat dua versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.

i) Versi pertama.

Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II.

Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari.

Pengorbanan yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya.

Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan From your Valentine (Daripada Valentinemu).Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.

ii) Versi kedua.

Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin.
Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit.. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.

3) Pendapat ketiga.

Ia dirayakan sempena kejatuhan kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu.. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. Tanggal 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.

4) Pendapat keempat.

Sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris.
Di sini kita dapat melihat dengan jelas bahawa asal-usul sambutan Hari Valentine ini tidak ada hubung-kaitnya dengan budaya serta agama bagi umat Islam.


HUKUM SAMBUT VALENTINE
Sebagaimana yang termaktub di dalam al-Quran dan al-Sunnah serta disepakati oleh generasi awal umat Islam hari kebesaran bagi umat Islam yang mana disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.

Ini sebagaimana yang firman Allah SWT: Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus. (al-Hajj: 67)

Anas bin Malik r.a berkata: Nabi SAW pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri”. (riwayat al-Nasaai, no: 959).

Oleh itu hendaklah umat Islam membataskan diri dengan menyambut hari-hari perayaan yang diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya khusus untuk umat Islam. Setelah berakhir zaman salafussoleh iaitu tiga kurun terbaik bagi umat Islam, pelbagai hari perayaan telah ditambah ke dalam kalendar umat Islam seperti Maulid al-Rasul, Israk Mikraj, Maal Hijrah, Nuzul al-Quran dan lain-lain.

Namun demikian apa yang mendukacitakan adalah umat Islam pada zaman kini telah mula merayakan hari-hari perayaan yang langsung tidak berkaitan dengan umat Islam. Malah ia berasal dari budaya serta agama golongan yang ingkar kepada perintah Allah S.W.T. seperti sambutan Tahun Baru Masihi, Hari Halloween dan juga Hari Valentine yang sedang kita perbincangkan ini. Terdapat larangan daripada baginda s.a.w. untuk meniru budaya orang bukan Islam dan bagi mereka yang meniru budaya seperti ini ditakuti mereka akan tergolong bersama dalam golongan tersebut. Sabda baginda: ”Barang siapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka”. (riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512).

Tentang hukum menyambut Hari Valentine, Sheikh al-‘Utsaimin berkata: “Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar”.

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam”.

Harus kita ingat bahawa golongan yang memusuhi Islam, akan sentiasa berusaha menanamkan benih-benih kesesatan dalam jiwa umat Islam supaya mereka jauh dari jalan yang lurus lagi diredai Allah SWT.

Firman-Nya: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar). (al-Baqarah: 120)
p/s:  Alhamdulillah, masa 14 Feb yang lepas kami tkde pon nak sambut2 apetah lagi nak kluar makan ke or nak exchange gift ape2.. *kitaorg hanya pergi bank and cari2 helmet hehe..* sebab itu semua kitaorg boleh buat lain hari.. walaupun sesetgh org tak sambut tp masih juga ade yg buat aktiviti yang berunsur ke arah itu sedangkan hari lain byk lagi kan, nape lah nak buat masa 14 hb Feb jugak.. pelik org Islam sekarang ni..

Friday, February 11, 2011

Wong Fei Hung : Pejuang Islam Di China

Assalamualaikum wbt... haaa, ni sab baru je tau yg Wong Fei Hung ni Muslim.. so godek2 lah kat google, ada lah jumpa articles psl beliau.. ni sab share kan sikit info...

sumber: isiukm

Selama ini kita hanya mengenal Wong Fei Hung sebagai jagoan Kung fu dalam film Once Upon A Time in China . Dalam filem itu, karakter Wong Fei Hung dimainkan oleh aktor terkenal Hong Kong , Jet Li. Namun siapakah sebenarnya Wong Fei Hung?

Wong Fei Hung adalah seorang Ulama, Ahli Perubatan, dan Ahli Beladiri legendaris yang namanya ditetapkan sebagai Pahlawan Nasional China oleh pemerintah China. Namun Pemerintah China sering berupaya mengaburkan jatidiri Wong Fei Hung sebagai seorang muslim demi menjaga imej kekuasaan Komunis di China.

Wong Fei-Hung dilahirkan pada tahun 1847 di Kwantung (Guandong) dari keluarga muslim yang taat. Nama Fei pada Wong Fei Hung merupakan dialek Canton untuk menyebut nama Arab, Fais. Sementara Nama Hung juga merupakan dialek Kanton untuk menyebut nama Arab, Hussein. Jadi, bila di-bahasa-arab- kan, namanya ialah Faisal Hussein Wong.

Ayahnya, Wong Kay-Ying adalah seorang Ulama, dan tabib ahli ilmu penrubatan tradisional, serta ahli beladiri tradisional Tiongkok (wushu/kungfu). Ayahnya memiliki sebuah klinik perubatan bernama Po Chi Lam di Canton (ibukota Guandong). Wong Kay-Ying merupakan seorang ulama yang menguasai ilmu wushu tingkat tinggi. Ketinggian ilmu beladiri Wong Kay-Ying membuatnya dikenal sebagai salah satu dari Sepuluh Macan Kwantung. Posisi Macan Kwantung ini di kemudian hari diwariskannya kepada Wong Fei Hung.

Kombinasi antara pengetahuan ilmu perubatan tradisional dan teknik beladiri serta ditunjang oleh keluhuran budi pekerti sebagai Muslim membuat keluarga Wong sering turun tangan membantu orang-orang lemah dan tertindas pada masa itu. Karena itulah masyarakat Kwantung sangat menghormati dan mengidolakan Keluarga Wong.

Pesakit klinik keluarga Wong yang meminta bantuan perubatan umumnya berasal dari kalangan miskin yang tidak mampu membayar kos perubatan. Walau begitu, Keluarga Wong tetap membantu setiap pesakit yang datang dengan sungguh-sungguh. Keluarga Wong tidak pernah memilih bulu dalam membantu, tanpa memedulikan suku, ras, agama, semua dibantu tanpa pilih kasih. Secara rahsia, keluarga Wong terlibat aktif dalam gerakan bawah tanah melawan pemerintahan Dinasti Ch'in yang rasuah dan penindas. Dinasti Ch'in ialah Dinasti yang merubuhkan kekuasaan Dinasti Yuan yang memerintah sebelumnya. Dinasti Yuan ini dikenal sebagai satu-satunya Dinasti Kaisar Cina yang anggota keluarganya banyak yang memeluk agama Islam.

Wong Fei-Hung mula mengasah bakat beladirinya sejak berguru kepada Luk Ah-Choi yang juga pernah menjadi guru ayahnya. Luk Ah-Choi inilah yang kemudian mengajarnya dasar-dasar jurus Hung Gar yang membuat Fei Hung berjaya melahirkan Jurus Tendangan Tanpa Bayangan yang menjadi lagenda. Dasar-dasar jurus Hung Gar ditemukan, dikembangkan dan merupakan andalan dari Hung Hei-Kwun, abang seperguruan Luk Ah-Choi. Hung Hei-Kwun adalah seorang pendekar Shaolin yang terlepas dari peristiwa pembakaran dan pembantaian oleh pemerintahan Dinasti Ch'in pada 1734.

Hung Hei-Kwun ini adalah pemimpin pemberontakan bersejarah yang hampir mengalahkan dinasti penjajah Ch'in yang datang dari Manchuria (sekarang kita mengenalnya sebagai Korea ). Jika saja pemerintah Ch'in tidak meminta bantuan pasukan-pasukan bersenjata bangsa asing (Rusia, Inggris, Jepun), pemberontakan pimpinan Hung Hei-Kwun itu nescaya akan berjaya mengusir pendudukan Dinasti Ch'in.

Setelah berguru kepada Luk Ah-Choi, Wong Fei-Hung kemudian berguru pada ayahnya sendiri hingga pada awal usia 20-an tahun, ia telah menjadi ahli perubatan dan beladiri terkemuka. Bahkan ia berjaya mengembangkannya menjadi lebih maju. Kemampuan beladirinya semakin sulit ditandingi ketika ia berhasil membuat jurus baru yang sangat taktis namun efisien yang dinamakan Jurus Cakar Macan dan Jurus Sembilan Pukulan Khusus. Selain dengan tangan kosong, Wong Fei-Hung juga mahir menggunakan bermacam-macam senjata. Masyarakat Canton pernah menyaksikan langsung dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana ia seorang diri dengan hanya memegang tongkat berjaya menewaskan lebih dari 30 orang jagoan pelabuhan berbadan kekar dan kejam di Canton yang mengeroyoknya karana ia membela rakyat miskin yang akan mereka peras.

Dalam kehidupan keluarga, Allah banyak mengujinya dengan berbagai cobaan. Seorang anaknya terbunuh dalam suatu insiden perkelahian dengan mafia Canton . Wong Fei-Hung tiga kali menikah karena isteri-isterinya meninggal dalam usia pendek. Setelah isteri ketiganya meninggal, Wong Fei-Hung memutuskan untuk hidup sendiri sampai kemudian ia bertemu dengan Mok Gwai Lan, seorang perempuan muda yang kebetulan juga ahli beladiri. Mok Gwai Lan ini kemudian menjadi pasangan hidupnya hingga akhir hayat. Mok Gwai Lan turut mengajar beladiri pada kelas khusus perempuan di perguruan suaminya.

Pada 1924 Wong Fei-Hung meninggal dalam usia 77 tahun. Masyarakat Cina, khususnya di Kwantung dan Canton mengenangnya sebagai pahlawan pembela kaum mustad'afin (tertindas) yang tidak pernah gentar membela kehormatan mereka. Siapapun dan berapapun jumlah orang yang menindas orang miskin, akan dilawannya dengan segenap kekuatan dan keberanian yang dimilikinya.Wong Fei-Hung meninggal dengan meninggalkan nama harum yang membuatnya dikenal sebagai manusia yang hidup mulia, salah satu pilihan hidup yang diberikan Allah kepada seorang muslim selain mati Syahid. Semoga segala amal ibadahnya diterima di sisi Allah Swt dan semoga segala kebaikannya menjadi teladan bagi kita, generasi muslim yang hidup setelahnya. Amiin.

Wednesday, February 9, 2011

Teater Muzikal Tun Mahathir 2

  
Salam...

gees.. its february already and I baru terkial-kial nak update pasal teater muzikal Tun Mahathir 2.. My mom dapat free tickets from office.. *itupun sebab MBSB one of the main sponsor utk teater ni..* so ape lagi, amik kesempatan lah kitaorg.. so kitaorg pergi bertiga on the 25th January 2011.. Me, faizal and my mom. Start pukul 8.30pm until nearly 12 midnight ok!! 3 hours show.. but sangat berbaloi pergi tengok.. jalan cerita dari tun masa kecik2 sampailah tun resign :'(  *sobs*  and guess what.. I cried! huwwwaaa.. and even my mom! sangat sedih when it comes towards the end.. isma daniel plays the part as tun masa dah dewasa.. ezany masa tun remaja...and masa tun zaman budak2, ade this one talented boy yang pegang watak tu.. i tell u, barisan pelakon sangat bagus!  masa remaja, misha omar blakon jadi tun hasmah.. sgt cute heheheh.. and bila dah dewasa, elly mazlin plak yang pegang watak...  u guys patut pergi tengok tau arituh.. memang best!  jai pon ckp best, for its his 1st time tengok teater heehehe..

"tun, we Malaysians are so proud of you.. we cherish the moments when u were our prime minister.. and thank you for the development of the country that u have done.. We Love You Tun Mahathir!"

dia memang suke buat muke bile amik gambar... huhu..

mommy and me...

blup blup blup :p

Tuesday, February 8, 2011

Aksi gila faizal ;p

Salam guys...

just nak share gambar aksi gila faizal ni hehehehe.... sab pulak macam patung hahah..
*sengal tul kitaorg*

Monday, February 7, 2011

Saffandi the Photographer

Salam guys..

ingat lagi tak entry pasal wedding kitaorg..? so ni sab post kan link utk blog abang Bob 'photographer of the day'...


pictures die awesome ok!! :D

Sunday, February 6, 2011

29.01.2011 Tarikh yang amat bermakna buat diri kami :)

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi.. akhirnya pada jam 10.40 pagi di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya atau lebih dikenali sebagai Masjid Besi Sabrina dan Faizal telah selamat diijab kabul.. rasa happy sangat akhirnya sab jumpa someone yang betul2 sesuai and tahu dapat membimbing sab dan anak2.. Ya Allah, besyukur sgt Kau pertemukan aku dan Faizal.. akan ku patuhi suamiku dan akan ku curahkan kasih sayang ku kepadanya.. sesungguhnya tiada insan lain yang sebaik dia.....

Pagi lepas nikah tu ade la makan2 skit..sebab dah nak dekat tengahari kan..so catering dah sediakan semuanya.. and caterer pon sab ambil member sendiri.. Faiz Murat a.k.a Tompok nye catering yang masak untuk pagi tuh.. and photographer pulak kitaorg ambil Abang Bob Saffandi.. nanti sab carik link dia yeh.. gambar2 die memang superb!! berbaloi2 ambil....but album kitaorg siap lagi sebulan..nanti bile dah siap gambar sab upload k... 
Malam tu kitaorg ade kan reception kat Bakawali Ballroom, Puri Pujangga UKM Bangi.. jemputan hanya 200 orang jek..kami gabung belah lelaki and perempuan..so kawan2 ramai tk dpt nak jemput.. terkilan jugak tp itu kehendak kitaorg and ibu bapa...sebab nak buat kecil2an and simple jek.. harap2 mana kawan2 yg sab tk dpt nak ajak tu tkde lah terasa sangat.. hmph..... :(   so kat bwh ni ade lah skit gambar.. tp bukan dari Abg Bob... ni cilok dr member2 lain heheheh... once dah ade gambar sab upload.... enjoy guys ;P

ni masa lepas make-up.. kat rumah lagi ni...

sab and my cuzen hanis.., pengapit of the day hehe..

this is my beloved sister.., Diana

ni masa tok kadi tengah bagi ceramah sikit eheheh.. kadi ni rockkk...

berdebar2 menungu huhuhuh... yang pelik nye, harga cincin pon kadi tanya.. mmmm

hahha.. kena soal dgn kadi :D

backdrop pelamin dari Idaman Jelita

time ni cantik..sebab ade lampu2 kat belakang..but thn lepas tu ade shot :(  so terpadam.. huwaaaa!!

time masuk ke dewan.. yang dak2 kecik depan ni cuzen2 faizal... nadira and nana...

controllll ayuuu :P

aksi suap menyuap :p

aaaauuuuummmmm

ni tah sape amik gambar ntah heheehe... yg budak2 lelaki blkg tu sume bdk2 mass comm  uitm :)

nizam, faizal, me and sabrena ehhehe.. nama kitaorg sama.. ejaan je lain :)

my setiawangsa friends...!!! i love them so much... my true friends.....
amar, faizal, me, hazira@adik, tala and anam... akai tk dpt dtg huhuhuh..*sad*

them again ehheheh

abang2 architect.. ni semua kawan2 faizal masa kat utm...

aril, faizal, me and didi..... diaorg sgt baik :)

me and madelina... gf PP.., member bangi.. die ni kelakar... ehhehe..

haaaa... korunk cam tak mamat yg pki shirt biru ni...? ni lah abang BUDI hehe.. dia
belakon cerita Syurgamu Ramadhan jadi husband Eira Shazira.., and gf die yg pki tudung tuh.. Rifhan nama dia... yang shirt putih ni Aril.. member UiTM shah alam.. and tu cinta hati dia.. Shaznee.. :) mereka semua sweet together...


;)