Friday, November 18, 2011

Introducing our baby girl......... Nur Alaisya :)

Introducing..................... our baby girl........

Nama : Nur Alaisya binti Faizal
Maksud : Cahaya Yang Dilindungi Allah swt
D.O.B: 12.11.2011
P.O.B : Columbia Asia Hospital, Puchong
Weight : 2.89 kilogram
;)





Monday, October 3, 2011

My Maternity Photoshoot :)

As Salam..... & hye people 

On the 15th September sab dengan jai amik maternity shoot kat Lake Garden. Photographer kitaorg is my sister's friend abg Amir or known as Sang Pencinta Ratu. Kitaorg start shoot dari kul 9am sampai lah kul 12 noon. Penat woooo!!!! Tapi..., enjoy! :D

Gambar dia awesome ok!!!!! Tapi belum siap lagi yeh. So ni ada 2 keping dulu sab tonton kan ;)


Blog Sudah Mula Bersawang

As Salam & ...... good evening?? dah malam rupanya. 

Lama dah sab tak update blog. Last was Raya nye post. Well, sab actually dah tak kerja. Sab kontrak for 2 years (smp Dec 2011 ni)  but, me and Jai decide sab benti awal.  Sebab sab due pon bulan Nov ni... (NEXT MONTH YEH! cepatnye....)  so sab last 16 Sept yang lepas. Now dok lah ulang alik ke bangi (rumah my parents) sebab kat subang siang takde orang, so my mom agak risau lah if pape jadi. *ikut kan aje lah huhu*

Well, weekdays sab kat bangi, abah ade rumah sebab dah pencen. So, jumaat sampai ahad sab ade kat subang. Sian kat jai kena dok lah hantar sab ke bangi. Humph....... Well, actually bila kita dah duduk rumah sendiri dengan jai and my MIL, bila kita kat rumah parents rasa awkward plak. And dunno why, sab time pregnant ni tak boleh berjauhan dengan jai. Time tidor kat bangi, memang tak nyenyak *dapat lak tidor dengan mak sab huhu* pagi time subuh tu baru lah nak lelap. mmmmm. Tapi bila dengan jai, lenaaaaa tido :)

Ikutkan memang nak duduk subang je, tapi takpelah. Sian pulak abah kat rumah sorang2. ermmm.......

So sekarang ni, menghitung hari lah sampai sab due :)  semoga semua berjalan lancar....... Amin....

Tuesday, September 6, 2011

Raya Aidilfitri 2011

As Salam & petang everyone :)

Sab pon nak gak update blog pasal Raya tahun ni 2011. This year, kitaorg raya kat Bangi. Rumah ibu and abah. Dengan mak mertua sekali raya dengan kitaorg eheheh. Sebab jai pon orang KL jek. So first raya together kitaorg raya belah sab. Tahun depan belah husband plak. Tapi takda beza sangat pon. Sebab rumah ibu kat bangi, rumah MIL kat subang jek. Macam this year, sehari sebelum raya tu, MIL tidor rumah bangi, buat rendang eheheh. Rendang dia sedapppp weyhhhh!! Tu yang kitaorg book awal2 hehehee. Lepas je semayang raya kat Surau Al-Mawaddah, Mutiara Bangi, kitaorg pon bersalam-salaman and lepas tu dalam kul 11.30am, terus gi umah uwan sab kat Kajang. *Oh before kitaorg sampai bangi tu, singgah kejap jenguk kubur arwah nenek jai..*

Lepas je kat rumah uwan kajang, kitaorg terus shoot balik kampung abah kat Kg. Lonek, Batu Kikir, Negeri Sembilan. Semalam je kat kampung, dah habis rumah sedara mara semua the next day terus balik KL. Jam nye aduhaiiiiii, mau tergeliat pinggang dibuatnya huhuhu. So ni adalah sikit gambar raya kitaorg :D


Abah jadi mando jek :p

Haaaa tu dia chef nya. my MIL :)

Haaa ni masa tengah masak rendang ayam!! sedaapp!!

Kakak saya :)


Ni masa tengah masak rendang daging. Kuali kecik jek hehehe


Kuih Keria fav saya!!!!!! *yang bulat cantik tu sab buat yeh*

Usop Wilcha eheheh :p


Konon la tu :P

Ntah ape yang digelakkan nya tu.... Ni kat rumah ibu n abah :)

Abg Ipar and kakak

My Handsome Daddy! I Love U!!!!

Me, Jai and MIL

Me @ 28 weeks    :)

My Hero

Uhuk.uhuk. nangis2 peluk kakak ;'(

Huwaaaa lagi mencurah2 air mata bila salam dengan jai :'((((

Kakak saya yang ayu

We look so blueeeeeee ;)

Welcome to Kampung Lonek y'all :p

Okay......

TAMMAT

Monday, August 22, 2011

Umur Yang Sesuai Untuk Bawa Baby Keluar Berjalan?

As Salam & morning

Sab ni dah nak masuk 7 bulan, macam2 yang sab dok fikirkan bila baby dah keluar nanti. Dulu masa muda2 takde lah terfikir sangat. Tapi bila dah dekat nak jadi seorang ibu ni, banyak yang nak kena fikir. Semalam masa berbuka kat surau area rumah Bangi, adalah nampak sorang baby, comel sangat. Sab tengok eh kecik lagi baby ni. Tengok bibik dia tengah dukung baby tuh. Sab pon gi lah kat bibik tu. Usap2 sikit kepala baby yang comel tu. Geram sangat. Tanya lah bibik, "Bape bulan ni kak?"  dia cakap baru satu bulan 1/2. Dalam hati sab pon HAAA??? Baru sebulan setgh dah bawak keluar time2 maghrib. Memang lah bulan Ramadhan, tapi baby tu dok lah meragam macam rimas. Mak nye pon rilek je makan kat meja. Ermmmm. Sab cakap dengan ibu, baby tu kecik lagi dah bawak jalan2. Ibu cakap, "Ish, ibu dulu, masa kakak dengan awak, ibu tak bawak keluar rumah lepas kul 6.30 petang. Sampai lah umur dekat 6 bulan. Ibu cakap, kalau nak bawak jalan pon tunggu baby dah 4 bulan. Time tu dah kuat sikit badan dia. Lagipon kesian kat baby nnt, dia cepat rimas. Kalau tempat yang ramai orang yang berpeluh2 nanti baby.  


Sab pon cakap dengan ibu, ina nanti takmo bawak keluar sampai umur 4 bulan. Kalau pergi hospital tuh okaylah. Tapi kalau nak amik angin pon tengok tempat. Tak semua tempat sesuai dengan baby baru lahir ni. Macam2 penyakit ade kat luar tuh. Kite yang dewasa ni pon senang kena jangkit, inikan pulak baby yang baru je lahir. Lagilah senang nak kena kan....

Kalau sab nanti, nak bawak baby jalan2 siang pon time matahari tak terik and balik rumah by 6 petang. Malam takde nye nak keluar2 *unless terpaksa*.... Lagi satu sab tak nak terbiasakan anak2 jenis yang keluar dari siang and balik malam. Maghrib pon kat luar. Memang dulu kite macam tu, tapi takmolah anak2 ikut perangai tak elok kita tuh. Kalau boleh nak didik dari kecik lagi. Tak ada parents yang nak anak2 ikut contoh yang tak elok kan.

Btw, apa2 pon ini adalah pandangan dari sab sendiri. Terpulang lah pada ibu bapa yang lain nak didik/jaga anak macam mana kan. Setiap parents nak bagi yang terbaik untuk anak2 mereka :)

Wednesday, August 17, 2011

Aku Tak Mahu Suamiku Berdosa

Aku tak mahu suamiku berdosa
Lantas aku melabuhkan jilbabku
Berusaha menutup sempurna auratku

Aku tak mahu suamiku berdosa
Lantas aku perlengkapkan diriku
Dengan ajaran agama
Agar dapat membezakan
Antara yang benar dan salah


Aku tak mahu suamiku berdosa
Lantas aku hadkan pergaulanku
Dengan yang bukan mahramku

Aku tak mahu suamiku berdosa
Lantas aku menjaga diriku
Agar terhindar dari fitnah manusia

Aku tak mahu suamiku berdosa
Kerana aku sayangkan suamiku
Dan aku tak mahu suamiku terhumban
Ke neraka jahanam kerana diriku

Aku tak mahu suamiku berdosa
Kerana aku
Aku tak mahu suamiku berdosa..

"Untukmu Suami"

As Salam & morning

Sab ada jumpa satu sajak Untuk Suami kat I Luv Islam. And sab tertarik dengan sajak tu. Ni sab ada copy.
:)


Pernikahan atau perkahwinan,
Menyingkap tabir rahsia,
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setaqwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah,
Justeru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita menjadi solehah.

Pernikahan atau perkahwinan,
Mengajar kita kewajipan bersama,
Isteri menjadi tanah, dalam pernikahan atau perkahwinan,
Kamu langit penaungnya,
Isteri ladang ternakan, kamu pemagarnya,
Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya,
Isteri adalah murid, kamu mursyidnya.

Isteri bagaikan anak kecil tempat bermanjanya,
Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya,
Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya,
Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya.

Pernikahan atau perkahwinan,
Menginsafkan kita perlunya iman dan takwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah S.W.T,
Kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana,
Justeru, kamu akan tersentak daripada alpa,
Kamu bukanlah Rasulullah S.A.W,
Pun bukanlah Saidina Ali R.A.
Kamu suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh.

Amin...

Monday, August 15, 2011

Merangsang Anak Dalam Kandungan

As Salam & morning.

Sab ada jumpa article pasal merangsang bayi ketika masih di dalam kandungan. Sab sekarang selalu bukak surah Al-Quran and letak head phone kat perut. Sebab sekarang, usia kandungan sab dah 6 bulan lebih. Lagi 2 minggu masuk 7 bulan, so deria pendengaran baby dah makin terang. Kat bawah ni sab paste kan article pasal ni.



Merangsang anak di dalam kandungan adalah amat digalakkan kerana ia dipercayai dapat mengeratkan ikatan antara ibu bapa dan anak. Ia juga mampu mencerdaskan otak anak-anak anda. Mungkin ada yang menyangka ia adalah perkara yang sia-sia kerana menyangka anak yang di dalam kandungan tidak mengerti apa-apa. Anggapan itu adalah salah. Jadilah teman yang paling rapat dengan bayi anda.

Berbuallah dengannya, bacakan buku cerita, perdengarkan muzik, perdengarkan bacaan al-Quran dan usaplah dia dengan kasih sayang. Percayalah, hubungan anda dengan bayi anda pasti akan jadi lebih erat apabila ia telah dilahirkan nanti. Ia pasti mengenalpasti suara anda dan anda pasti terpegun dengan hasilnya.

Di bawah ini disenaraikan tujuh cara untuk meransang anak di dalam kandungan.
  1. Ibu hamil hendaklah menjaga emosinya agar sentiasa tenang, ceria dan gembira agar anak yang akan dilahirkan nanti akan memiliki sifat-sifat tersebut dan tidak mudah meragam.
  2. Lahirkanlah perasaan rindu menanti kelahiran bayi anda dengan penuh ikhlas dan penuh kasih sayang melalui usapan dan sentuhan lembut.
  3. Perdengarkan beberapa jenis muik seperti Mozard dan gamelan. Selalulah berzikir dan membaca ayat-ayat al-Quran seperti surah Yusuf, surah Maryam dan surah Luqman.
  4. Selalulah berbual-bual dengan bayi anda dengan suara yang lembut. Apabila berbual dengan bayi anda, kenalkan diri anda. Ini adalah penting kerana dia hanya mampu mendengar dan merasa, tetapi masih tidak boleh melihat dunia luar.
  5. Lakukanlah isyarat-isyarat mudah seperti menepuk perut dengan lembut, menggosok persekitaran perut, menggoncang perut perlahan-lahan dan kemudian usap dengan lembut untuk menenangkannya.
  6. Perkenalkan perbezaan suasana terang dan gelap dengan menggunakan lampu picit yang disuluhkan ke perut. lakukan ransangan ini 5 hingga 10 minit.
  7. Jika bayi anda mempunyai abang atau kakak, perkenalkan mereka kepada bayi anda. Ajaklah anak-anda berinteraksi dengan adik mereka. Ajaklah mereka berbual serta menciumnya. Cara ini akan dapat menyemai perasaan kasih sayang di antara mereka adik beradik sejak awal lagi. Sekali gus akan dapat mengelakkan perasaan cemburu si abang atau si kakak terhadap adik mereka bila adik mereka telah dilahirkan nanti.
Lakukanlah rangsangan-rangsanan seperti yang dinyatakan tersebut. Anda pasti terpegun dan teruja dengan tindak balas dari bayi anda nanti. Dipercayai juga, ransangan bayi di dalam perut akan menjadikan bayi anda lebih bijak dan pintar.

Bonus Hari Raya!!!!

Alhamdulillah.... Rezeki baby tahun ni dapat bonus..... separuh gaji lagi =)  

Bonus dah masuk pagi ni!!!!

Marilah kita berbelanja dengan cermat and jangan membazir.


Friday, August 12, 2011

Innalillah...

As Salam & petang

11 Ogos 2011/ 11 Ramadhan jam 12:17 am, nenek Jai telah kembali ke Rahmatullah di Hospital PPUM. Arwah nenek jai menghidapi Cancer Rahim. Itupun doctor detect masa sebulan yang lepas dah stage 4. Nenek ni ramah orangnya. Banyak cakap. And yang paling kagum, memory nenek sangat bagus. Dia ingat anak cucu dia semua. Even sab sendiri yang baru ni pon dia ingat. Sedangkan nenek jai dah berumur 87 tahun tau. Kisah-kisah lama semua nenek ingat. Kuasa Allah kan.

Jadi, marilah kita sedekahkan Al-Fatihah dan Yassin kepada Allahyarhamah Rafeah binti Mat, semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman. Amin...

Saturday, August 6, 2011

Shopping Baju Baby weeeeee =D

As Salam & happy Saturday people..

Sab sejak dua menjak ni asik suka sangat tengok baju baby. Tiap kali keluar dengan jai, kalau nampak yang cantik kitaorg akan beli. Tapi sikit2 je dulu. Nanti bila nak beli barang keperluan yang betul2 punya, haaaa itu kena shopping dengan ibuuu heheh :p   ibu nak belanja sab n jai untuk barang baby. *macam tau2 je kitaorg ni gaji tak berape nak puluh ribu* huhu.

So first tu, kitaorg pergi One Utama, singgah la Parkson and Poney. Haaaaa tu dia. Dah dapat set baju warna chocolate cair kat Poney dengan baju and selimut baby kat dalam Parkson. Yang dalam Parkson tu mak aii, mahal eh. Selimut je dah RM80+!!  Tapi nak punya pasal beeeliiii ajeee :D  hubby bagi yeay!

Lepas tu, the day before puasa, sab, jai, MIL, kak Ngah, kak Sha and anak dia 2 orang *ni cuzen jai*, kitaorg sempat pergi Empire kat tepi Subang Parade tu. Kak Sha ni from Kedah, so asal singgah KL mesti beli one or two handbag kat Coach. Addicted betul. Anak2 dia pula memang boleh tahan, pakai Guess Kids hehehe :)  so cute! So ape lagi kitaorg pon shopping lah sekali.

Dah masuk Guess Kids hamik ko! dapat 3 helai terus! 2 helai MIL belanja and sehelai tu sab beli. Geram sangat. Tapi sab tak beli yang untuk baby girl. Sebab terlalu pink2 and ropol2. Sangat tak minat!!! Sab suke yang simple and dua2 boy or girl boleh pakai. Oh before sab n jai masuk Guess Kids, kitaorg singgah Mamours. Wahhh!!!! Stroller Quinny!!!!!! I loikE!!!!! Tengah sale ok!!! Quinny Zap Extra dari RM2500 dapat RM2100!!! Siapa tak nak yehh!! Promotion sampai hujung bulan ni jek. So wait for me ok!! Im Coming Quinnnyyyyy =D

Okay lepas Guess Kids, kitaorg masuk kat Pumpkin Patch, MIL belanja lagi 2 helai heheheheh. Sebab harga tengah murah sangat! 2 helai RM56!! And they are so adorable!!! Stupid kalau tak beli tau. 

So ni sab ade amik gambar. hehehe excited lah. huhuhu enjoy!!! ;)

Macam baju baby boy heheh. Layan kan aje.  :P

Okay ni MIL saya sukeee :)

Haaa ni memang baju boy, tapi girl pon leh pakai. Janji RAWK!!!

Alalalaa comel   ;)

This is the set that mym baby will wear bila keluarnya dia dari tummy mama nya :)  sab ckp dgn jai, dia baru2 lahir pon kena terus pakai yang mahal sebab itu adalah baju pertama dia heheheh :)

Saya suke ini!!  Beli 2 with one price! Pumpkin Patch weeee

Thursday, August 4, 2011

Ramadhan Bersama Suami

As Salam & pagiiiii...

Walaupun baru masuk 4 hari berpuasa, sab punya penat macam dah 2 minggu puasa huhuhu. Sekarang ni sab masuk kerja kul 7.30 pagi and balik kul 4.30 petang. Memang lah best balik awal. Tapi........ rutin harian sab pagi bangun kul 5 pagi untuk sahur sorang-sorang. Sebab jai and mak mertua sab tak sahur. So makan lah sorang-sorang. Lepas tu siap-siap semua kul 6.15 pagi dah keluar gi kerja. Sab drive pula tuuuuu. Sampai office dalam pukul 7 pagi. Pergghhh! jauhhhh perjalanan ku.

Balik kerja kul 4.30 petang. Memang lah balik awal, tapi jam nye nak ke subang airport. Sampai rumah dalam pukul 5.30 petang. Terus siap-siap nak masak untuk berbuka pula. Husband sab kalau buka nak makan nasi. So sab masak lah sekali untuk sahur sab nanti. Alaahh 2 lauk simple jek. Sab pulak makan tak banyak, dapat kurma, murtabak and air cukup lah. Kalau ade kuih makan lah satu dua jek. Komfem kenyang. Memang dari dulu macam tu. Tapi sahur jangan kacau sab ok. Itu time saya makkkaannnn =p

Alamak! gambar takde lah pulak. Takpe2, nanti sab amik ok. Minta-minta lah sepanjang bulan Ramadhan ni sab dengan baby okay.

The Story of a Strong Lady, Norma

As Salam & morning

Sab came across a blog yang menceritakan kisah seorang ibu muda yang sedang bertarung dengan Brain Cancer Stage 4. Baru setahun lebih berkahwin. And lebih menyayat hati, Norma baru sahaja melahirkan seorang anak lelaki yang sangat comel. Si suami pula tabah menghadapi dugaan dari Allah. Sebak bila sab baca kisah diaorg. Please share this with others. And hulurkanlah sumbangan buat keluarga beliau. Semoga Norma akan kembali sihat seperti biasa dan menjalani kehidupan sebagai seorang isteri dan ibu. Amin.

Ini link blog kisah mereka yang diupdate oleh kakak iparnya : Kisah Mereka...



Monday, August 1, 2011

Follow His Blog

As Salam and morning.....

Pagi ni sab nak share one Blog. A guy yang bekerja di salah satu hotel di Makkah. And dalam blog dia ceritakan setiap perkara yang berlaku di sana. Terubat rindu sab kat sana dulu. InsyaAllah one day sab akan pergi semula ke sana with Jai and anak kitaorg nanti. Amin........


Tuesday, July 26, 2011

More Pictures of Our Beloved Bumblebee

Ape pandang2 haaaa

baik punya posing

Saya masih tak baik selsema lagi laaa

"huuuuuaaaaaa"

standby mode dia :P

Saya mengantok huhuhu

jangan lah kacau kite

ok! sila ketepi kalau tak nak kena air liur

Ni masa bumblebee tak sihat :( cian dia

ni pulak baru balik klinik. huhuhu. lemauuu.
eh! ingat tummy kite ni pillow ke haaaa