Monday, August 22, 2011

Umur Yang Sesuai Untuk Bawa Baby Keluar Berjalan?

As Salam & morning

Sab ni dah nak masuk 7 bulan, macam2 yang sab dok fikirkan bila baby dah keluar nanti. Dulu masa muda2 takde lah terfikir sangat. Tapi bila dah dekat nak jadi seorang ibu ni, banyak yang nak kena fikir. Semalam masa berbuka kat surau area rumah Bangi, adalah nampak sorang baby, comel sangat. Sab tengok eh kecik lagi baby ni. Tengok bibik dia tengah dukung baby tuh. Sab pon gi lah kat bibik tu. Usap2 sikit kepala baby yang comel tu. Geram sangat. Tanya lah bibik, "Bape bulan ni kak?"  dia cakap baru satu bulan 1/2. Dalam hati sab pon HAAA??? Baru sebulan setgh dah bawak keluar time2 maghrib. Memang lah bulan Ramadhan, tapi baby tu dok lah meragam macam rimas. Mak nye pon rilek je makan kat meja. Ermmmm. Sab cakap dengan ibu, baby tu kecik lagi dah bawak jalan2. Ibu cakap, "Ish, ibu dulu, masa kakak dengan awak, ibu tak bawak keluar rumah lepas kul 6.30 petang. Sampai lah umur dekat 6 bulan. Ibu cakap, kalau nak bawak jalan pon tunggu baby dah 4 bulan. Time tu dah kuat sikit badan dia. Lagipon kesian kat baby nnt, dia cepat rimas. Kalau tempat yang ramai orang yang berpeluh2 nanti baby.  


Sab pon cakap dengan ibu, ina nanti takmo bawak keluar sampai umur 4 bulan. Kalau pergi hospital tuh okaylah. Tapi kalau nak amik angin pon tengok tempat. Tak semua tempat sesuai dengan baby baru lahir ni. Macam2 penyakit ade kat luar tuh. Kite yang dewasa ni pon senang kena jangkit, inikan pulak baby yang baru je lahir. Lagilah senang nak kena kan....

Kalau sab nanti, nak bawak baby jalan2 siang pon time matahari tak terik and balik rumah by 6 petang. Malam takde nye nak keluar2 *unless terpaksa*.... Lagi satu sab tak nak terbiasakan anak2 jenis yang keluar dari siang and balik malam. Maghrib pon kat luar. Memang dulu kite macam tu, tapi takmolah anak2 ikut perangai tak elok kita tuh. Kalau boleh nak didik dari kecik lagi. Tak ada parents yang nak anak2 ikut contoh yang tak elok kan.

Btw, apa2 pon ini adalah pandangan dari sab sendiri. Terpulang lah pada ibu bapa yang lain nak didik/jaga anak macam mana kan. Setiap parents nak bagi yang terbaik untuk anak2 mereka :)

No comments:

Post a Comment