Daisypath Anniversary tickers Lilypie Second Birthday tickers

Wednesday, May 18, 2011

Jom Main Teka-teka Jantina

As Salam & good morning

Oh kenapa lah kena kerja today. Kan syok kalau cuti lagi hehehe. Well, semalam sab borak2 dengan papa angkat sab. Papa angkat sab ni kawan ibu dari kecik lagi. So dah rapat dengan family we all. Sebab tu sab panggil dia papa. Lagipon, papa angkat sab ni dah divorce lama, so dia dengan anak-anak pon dah kurang. Jadi apa salahnya sab memberikan kasih sayang seorang anak pada dia kan. *janji menjaga batasnya*

So, semalam kita pon borak2 dalam phone. Ibu boleh pulak menyebok suh tanya soalan cepumas kat papa angkat sab. "Adik, tanyalah papa, baby boy ke girl ni?" Hehehehe. Ibu mula la tuh excited. Sab nak tanya pon segan juga heheh. Sebab yerlah, baru 3 bulan lebih kan, macam over pulak. Tapi, dalam hati memang nak sangat tahu ngeh3. So sab pun tanya lah, "Pa, ibu tanya ni, baby boy ke girl?" *dup dap dup dap*  Papa straight je jawab, "Baby Boy!"  Terus tersenyum sab hehehe. Sengih2 la ibu ape lagi. Sab just cakap, boy ke girl ke tak kesah. Janji baby ina ni sihat and sempurna hendaknya.

Mesti cam pelikkan, nape tanya kat papa angkat sab ni. Dia sebenarnya diantara orang yang Allah kurniakan kelebihan. Jadi, boleh juga la 'tengok-tengokkan' ni. Dulu masa sab awal-awal pregnant, time tu dah gi scan tapi doctor tak dapat detect bape minggu sebab awal lagi, bila cakap dengan papa, terus dia cakap dah 28 hari hehehehe. Bila check 2 weeks after that, kiraan papa betul. Kebetulan mungkin :) 

So, kita janganlah percaya 100%, cuma boleh dijadikan sebagai hiburan je heheheh. Kalau betul tu, ia adalah kebetulan. So, arini sab gatal2 lah Google. Ni yang sab jumpa.
TANDA BAYI LELAKI
  • Anda tidak mengalami morning sickness yang teruk pada awal kehamilan atau mungkin tiada langsung.
  • Degupan jantung bayi kurang dari 140 kali dalam satu minit
  • Anda rasakan beban berat dan bahagian depan tubuh
  • Perut anda kelihatan bulat sempurna
  • Bahagian aerola (daerah hitam di sekitar puting) akan menjadi lebih gelap
  • Bentuk perut condong ke arah bawah
  • Sukakan makanan yang masam dan masin
  • Suka makan daging dan keju
  • Tapak kaki selalu berasa sejuk
  • Tangan selalu kekeringan
  • Suka menghadapkan wajah ke utara semasa tidur
  • Bukan hanya anda, tetapi suami juga bertambah berat badannya.
  • Anda kelihatan lebih berseri semasa hamil
  • Hidung tampak lebih mekar
  • Selalu sakit kepala
TANDA BAYI PEREMPUAN
  • Mengalami morning sickness di awal kehamilan
  • Merasakan beban berat pada bahagian pinggul dan punggung
  • Payudara kiri lebih besar berbanding kanan
  • Rambut anda berwarna agak kemerahan daripada sebelumnya
  • Bentuk perut condong ke arah atas
  • Perut tampak agak lonjong
  • Mengidam makanan yang manis
  • Sukakan buah-buahan
  • Suka minum air atau jus yang bersifat masam
  • Anda lebih cerewet semasa hamil
  • Mudah moody berbanding sebelumnya
  • Kulit wajah bermasalah berbanding sebelum hamil
  • Tidak suka makan roti bersama kulitnya
  • Payudara kelihatan mengembang
  • Suka menghadapkan wajah ke selatan semasa tidur
p/s:  haaaaaa, buat ape tu? Mesti tengah sebok pegang perut masing-masing kan, tengok hidung, pikir balik suke makan ape. Semua lah heheeheh. Same laa kita! :P

No comments:

Post a Comment