Wednesday, July 13, 2011

Kenduri Tahlil / Khatam Quran

As salam & selamat petang......

Masa orang tengah sibuk dengan Bersih semua tu, we all family i mean, family Mak Teh (sister my mother) buat kenduri. On Saturday tu buat tahlil, doa selamat and house warming. And on Sunday pula, buat tahlil again and khatam  Quran untuk cousin-cousin ku 3 orang. So pagi tu macam biasa lah, sedara mara terdekat je yang ada. Harapan arwah atok sebenarnya nak tengok cucu-cucu dia khatam, tapi Allah lebih menyayanginya. *Al Fatihah untuk atok*

Seperti biasa, ayah sab jadi ketua acaranyalah, sebab mak sab yang sulong, kira ayah sab menantu sulong and yang tua ler hehehe. Masa bawa tahlil dah sok sek sok sek kitaorg, sebab teringatkan arwah atok. Uwan sab lagi la meleleh je air mata dia. Suami kesayangan dah tiada masuk 2 tahun Oktober ni. Uwan masih belum boleh menerima ketiadaan atok. Asik lah cakap pasal atok ='(

Selesai je tahlil, mula acara untuk khatam Quran cousin-cousin sab. Syok dengar budak-budak tu membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Sab kecik-kecik ada pergi mengaji kat area rumah, tapi tak kesampaian nak ke sekolah agama. Dah tua-tua ni baru lah nak belajar-belajar. Boleh lah sikit-sikit. Masih dalam pembelajaran. Nasib baik lah kenal huruf dari tak tahu ape-apekan.

Selesai khatam, ayah sab baca doa, tapi dibacanya dalam bahasa melayu. Ya Allah tersentuhnya jiwa. Abah cakap, bila kita baca dalam bahasa melayu, kita lebih faham dan tersentuh ke hati. *ye lah, bagi yang tak mendalami bahasa jawi/arab ni mana nak faham kan maksudnya*. Meleleh-leleh airmata masing-masing. Terus teringat benda-benda lama ='(

Habis je Khatam, selawat ke atas Nabi. Lepas tu sesi mengambil gambor leh huhuhu. Haaaa, tengok lah kitaorg berposing-posing ni. Dengan mak sab, mak cik sab, cousin semua. Lawak giler! Jangan gelak ok!

Lokasi: kediaman Mak Teh saya di Mutiara Bangi (merangkap jiran saya huhuhuh)

Berdiri Dari kiri: Mak Lang, Ibu Saya, Hanis (Cousin), Saya, Ain Khaleeda (Cousin), Kakak saya, Mak Usu, Adlina (Cousin)
Duduk dari kiri: Mohd Hafiy (13), Mohd Haris (11), Mohd Ariff (13) -semua cousin

Me and Ain Khaleeda (Form 1 budak ni!)

Me, Kakak and Ain

Again kami bertiga

And again ahahhahaha

Yeh itu dia aksi nasyid kami hahahaha

Okay kami tinggi sama, tapi umur berbeza.....
Ain (13), Saya (25), Kakak (30) and Mak Usu (30+)

Ibu saya memang seorang yang havoc heheheh =p

2 comments:

  1. teringat benda2 lama???hehehehehehe...

    ReplyDelete
  2. Anonymous,
    teringat benda-benda lama maksudnya, dosa-dosa silam yang pernah sab buat. kite ni kan banyak dosa dengan Allah. setiap orang pernah buat dosa. kenapa? tak pernah buat dosa ke? even dosa yang kecik?

    ReplyDelete