Friday, July 8, 2011

Ubat Batuk & Ibu Pregnant

As Salam & afternoon

Hari Jumaat ni masuk lah 3 hari sab dah batuk2, semput, selsema and demam. Sampai sakit2 badan. Malam pulak dok lah terbatuk2 sampai tak boleh tidor jai. Hari Selasa lepas dah start sakit2 tekak, jai pon belikan Difflam yang warna merah tu. So lepas dah hisap, lega lah sikit. Tapi hari Rabu, pergi gak office sebab ada meeting pagi tu. Ingat lepas meeting nak gi klinik. Sekali tak sempat nak tunggu habis meeting sab dah tak larat sebab batuk and tak boleh nafas. Rasa dada sempit sangat. So call ibu, ibu amik kat office terus gi Columbia Asia Hospital. Jumpa dengan Doc Ng. So bila dah check, kena amik gas skejap. Sebab dah semput tak boleh nafas. Nak jumap doc Raja, tapi dia tengah full. Tak pelah kan, janji dah kat hospital. So, doctor bagi Ubat batuk Prospan untuk siang and Ubat batuk FluiFort untuk malam. And also dia bagi ubat Salbutamol 2mg (Vintolin) untuk cairkan kahak. Doc cakap ubat ni selamat untuk ibu pregnant sebab dose yang sikit. Sebab tu jugak dia tak bagi makan Antibiotik. Dapat lah MC 2 hari .So lepas dah settle semua, kitaorg pon balik rumah Bangi. Sebab jai kerja dia amik petang nanti. Dulu pernah jugak batuk teruk, tapi batuk masa pregnant ni sakit dia lain macam. Sebab bila kita batuk dia tolak dada and sampai ke perut. Risau jugak dengan condition baby, harap2 baby okay. Batuk sampai nak terkencing dibuatnya. Bila batuk kena kepit and satu tangan pegang bawah perut, and satu lagi tangan tahan dada. Sebab sakit sangat.



So now dah masuk hari ke 3 sab batuk, dah makin kurang. Kadang2 je bila batuk kuat sakit sikit. Tapi malam tadi tak batuk sangat macam malam2 lepas.Tadi sab ada update status kat FB, thn ada juga yang advice jangan makan ubat batuk sebab merbahaya untuk baby. So sekarang ni sab dah konfius. Sama ada nak dengar cakap doctor or ibu-ibu yang pernah mengandung ni. Sebab sab rasa, doctor lebih berpengatahuan tentang semua ni kan. Doc hanya bagi ubat yang sesuai. And untuk mengurangkan sakit. Sab ada baca article, ramai yang cakap tak ape makan ubat batuk, asalkan kita dapat nasihat dari doctor terlebih dahulu and ikut prescription. 

Haish. Runsing.

1 comment: