Daisypath Anniversary tickers Lilypie Second Birthday tickers

Wednesday, June 29, 2011

Fibroid Ketika Hamil

As Salam & hey guys

Semalam sab buat Detail Scan kat Columbia Asia Hospital, Puchong. Masa tengah scan, doctor check baby semua okay. Alhamdulillah. Doctor check otak dia, jantung, jari jemari. But suddenly doctor check ada fibroid dalam rahim. And besar fibroid tu dalam 2.5cmX3.5cm macam tu lah. Terkejut jugak sab dengar. Sebab tak pernah tahu yang perempuan mengandung pon boleh ada fibroid. So sab tanya lah doctor, bahaya ke? Doktor kata kes ini biasa. Dalam 10 orang, 6 orang ada fibroid. Tapi ikut orang juga, ada yang makin membesar dan mengganggu perkembangan baby. Sab harap tak ada masalah nanti. Sebab banyak kesan sebenarnya. Ini yang sab ada jumpa dalam Google.

10-30 % yang bermasalah tu mungkin akan merasa:-

1. rasa sakit akibat rahim yang membesar, akan terasa sakit di bahagian belakang, kawasan ari-ari, peha dan kaki….tapi orang mengandung tanpa fibroid pun alami sakit sebegini….kan???
Antara 3-4 bulan kandungan, ada fibroid akan mengalami “red degeneration”-iaitu bahagian tengah fibroid degenerated (???mati) dan akan sebabkan rasa sakit yang amat sangat tetapi sakit tu berakhir dengan sendiri antara 4-5 hari kemudian. Rawatan hanya dengan berehat, tuam dengan air suam tau ambil je paracetamol.

2. keguguran boleh berlaku di awal kandungan kerana fibroid menghalang kandungan melekat pada rahim..tapi aril, isteri mungkin selamat dari keguguran sebab kandungan dah masuk tiga bulan.

3. mungkin fibroid menekan pundi kencing yang akan sebabkan acap kencing atau sukar untuk kencing atau menekan usus dan sebabkan sembelit

4. lahir pramatang boleh berlaku kerana fibroid ganggu pembesaran semulajadi rahim.

5. kandungan mungkin akan berkedudukan tidak normal- melintang, sonsang, mengiring diakhir kandungan menyebabkan tidak boleh bersalin secara biasa.

6. jika fibroid ada dibahagian bawah rahim dan dekat pangkal rahim, jalan untuk bersalin biasa akan tersekat dan kandungan tidak boleh lahir secara biasa

7. kekadang kedudukan uri jadi tidak normal

Ianya bergantung kepada saiz fibroid dan kedudukannya pada rahim. Pendapat yang mengatakan saiz fibroid akan membesar cepat ketika mengandung adalah kurang tepat, kajian terbaru mengatakan bahawa saiz fibroid akan kekal atau membesar sedikit sahaja walaupun paras estrogen tinggi ketika mengandung. Ada juga kes yang fibroid makin mengecil semasa mengandung.

So, sekarang ni sab berdoa agar tidak timbul sebarang masalah ketika mengandung ni and masa nak lahirkan baby. And harap baby sab sihat. Lagi 2 minggu sab ada appointment dengan Doctor Raja, so sab akan tanya sepenuhnya. In the mean time, siapa-siapa yang pernah jadi macam ni mohon bagi pandangan. TQ.
Kalau boleh nampak ada benjolan kat atas tu. Itulah yang doctor detect fibroid.

Detail Scan @ Columbia Asia Hospital

ikut hidung siapa lah yeh :)

my baby's spine

aiyak! nampak tak tapak kaki ku ini :P

ada video tapi camne nak upload? hehehe

Thursday, June 23, 2011

Gambar Kenangan

Weeeeeeeeee. Gambar with family at St. Louis, Missouri. Hehehe. Kelakar jek :P

Kuching, Sarawak

As Salam & hallooo

Okay, this entry tersangat lah lama baru nak update hahhaah. Kitaorg pergi Kuching, Sarawak 30 April-2 May 2011. Itupon sebab ibu sponsor. hehehe. Ibu ada event office. So kena pergi. And best sebab duduk Hotel Grand Margherita dekat riverside dia. Dapat pulak bilik yang mahal. Okaylah sangat kan :p  so kitaorg pon pergilah hari sabtu. Ibu dah seminggu kat sana. Jalan2 je area situ. Sebab apa yang sab plan semua tak leh nak buat. *takpelah, untuk baby mama juga*. So here are some pictures.

















Phuket, Thailand

As Salam & hye

Last week 12-14 June 2011 sab dengan jai pergi Phuket, Thailand. Saje je jalan2. Itupun sebab masa kitaorg beli treadmill, dapat sekali voucher from Max Generations. So dapatlah free hotel untuk 3D2N. Okaylah tuh. Satu lagi choice, Bali. Tapi memandangkan kitaorg berdua dah pernah pergi Bali, so buat ape pergi lagi kan. Buat boring jek. Lain lah kalau si baby dalam perut ni dah keluar and besar. Syok lah jugak. So, ni adelah few pictures masa gi Phuket. Kitaorg duduk kat Royal Crown Hotel & Palm Spa Resort, Patong. Pergh dalam website cantik yang amat. Bila sampai!! Ya Allah. Hancus! hahaha! Free punya pasal, boleehhlaahhhhh. Oh yah one thing, HALAL Food senang nak cari. Semua tu usaha kita jek. Ada juga Islam yang main bantai je makan. Well, as for us, selagi boleh usaha carik, cariklah kan. Tak nak lah main makan je ape kite nak. Be carefull with the HALAL signs. Tak semuanya betul. Senang carik kat area Muslim dekat Nanai Road. Itu banyak kedai HALAL.

our transport for 3 days :p  350BHT rental = RM35/-

Masjid kat Nanai Road

ok nak jugak interprame

our first night dinner at Al-Gaddafi Halal Restaurant 600BHT = RM60/-

mix vege

Sotong masak ape ntah. tapi pedaaaaaaassssss

Jungceylon, Phuket. One of the biggest mall. 2nd day.

again....

and again..... *toilet takde air ok!!!!!!*

Patong Beach *2nd day borong kat HRC, first dah beli, beli lagi. haish!*

Hubby posing ;)

Jalan2 area Patong Beach

Me! penat daahh

ok ni cara depa nak promote Muay Thai yeh. Riuh rendah.

Bangla Road. Happening sangat sampai kitaorg pon pening.

Same je macam dulu, tak berubah. In fact, makin ramai!!

Muay Thai Stadium. Not sure nama apa. Sebab ada banyak stadium keliling.

OK SILA TUTUP MATA YEH! aksi melampau. pole dancers yang tak happening. sebab kosong!

for kakak ;)

Our last day Brunch at Savanee Halal Food. Sedap and memang pure orang Thailand masak.

Mine ;)

Belacan kaw punya pedas!!!!

burrrpppp all in 200BHT = RM20

singgah kedai souveniour on the way ke airport

excited nak balik sebab dah penattttt

Lastly, tak nak pergi lagi dah Patong, maybe lepas ni pergi tempat lain. Sebab not our lifestyle anymore. Patong is more to nightlife. Masa sab pergi with my sister, memang lah best and happening zaman muda2. But now, asal terbau arak je nak muntah. Tengok pub2 dia terus tutup mata. Not us anymore lah. Kalau pergi pon, buat island hopping and tengok tempat2 best. Ni dok melepak sebab tak leh nak lasak2. Sian kat baby nanti.

Tuesday, June 21, 2011

Our Bumblebee

As Salam & hye

Bumblebee kami dah mok mok :P

suka betul main dengan janggut ciput jai

zzzzzZZZzzzz

Bumblebee and Jai ambik sab kat office ;)

zzzZZZzzz je lah kerja Bumblebee niiii