Friday, June 17, 2011

Jangan Terlalu Berkira dalam Hidup Ni!!

As salam & morning

Tadi saja2 je la Google ni. Tetibe terjumpa satu blog, dia punya soalan macam ni. 'Scan baby: Perlu atau Tidak?'  Bila sab baca, si ibu ni tengah 50-50 samada nak scan baby dia or not. And main thing, perlu ke dia scan jantina baby.

Siap tulis lagi, "..... dalam hati berkira-kira perlu atau tidak kami melaburkan RM70 semata-mata untuk mengetahui jantina permata hati kami yang bakal menjengah dunia lebih kurang tiga bulan lagi..." 


Pada sab, tak kisah lah berapa pun harga. Scan tu bukan takat nak tengok jantina baby. Kita nak tengok perkembangan baby kita, normal atau tidak. Nak tengok organ dalaman semua. Duit memang main peranan, tapi kalau bab-bab macam ni, sab tak nak berkira. Duit boleh cari. Korek lah mana2 pon. Kalau terpaksa pakai duit ASB, pakai lah! Tak jadi masalah pon!! Kenapa sampai nak jadi isu RM70 tuh! Takkan lah takda duit sangat. Habis kahwin dulu macam mana? Pakai duit ape? Duit loan? Sab bukan nak cakap apa, tapi kadang2 kita ni tak berfikir dahulu. Sab bukan nya orang kaya raya. Cuma Alhamdulillah rezeki tu sentiasa ada. Sebab mak dengan ayah sab ajar, kita jangan nak berkira sangat dalan hidup ni. Mana benda yang penting tu, pakai je duit. Nanti cari lah balik duit tuh. Bila kita terlalu berkira, duit itu akan nampak susah sangat kita nak dapat.

Yang paling sab tak setuju bila baca is "Kami redha dengan apa yang bakal dikurniakan Allah kepada kami. Dan saya sebagai bakal ibu, pengalaman melalui fasa alahan yang memeritkan tidak membuatkan saya terlalu berharap itu dan ini pada anak yang bakal lahir"...

Allah kurniakan kita akal fikiran. Kita kena usaha untuk sesuatu yang terbaik. Redha memang redha, tapi bagi sab, setelah habis sab usaha, and keputusan yang sab dapat tu tak mencapai apa yg sab nak, ye sab Redha. Bukan redha tanpa usaha!!

10 comments:

  1. rifhan, itulah. haish. kadang2 tu ada sampai tak nak ambil pil yang doctor bagi. alasan kalau Allah nak bagi, terima jek. tapi bukan ke kita sepatutnya usaha? usaha untuk elok ape salahnya kan.

    ReplyDelete
  2. betol2.... tapi manusia nie susah nk predict. sebab dia senang nk mengandung..dia leh ckp cm tuh. cume tgok depa2 yg payah betol nk dptkan zuriat. Kdg2 tuh sesetengah org tuh, selagi tak terasa, takan amik berat.

    ReplyDelete
  3. haaaa betul3. org yg susah mengandung mesti usaha bermacam2 kan. tp sab kira cepat juga melekatnya, tp usaha macam2 jugak. pergi hospital semua. check itu ini. ikut ckp doctor. humphhhh. lain org lain ragam..

    ReplyDelete
  4. Anonymous.....

    bukan kaya. tapi Alhamdulillah, rezeki itu sentiasa ada. yang penting jangan berkira, jangan kedekut and banyak bersedekah. InsyaAllah, duit itu akan sentiasa ada and takkan putus. Allah tak zalim, manusia yang zalim.

    ReplyDelete
  5. Mungkin bagi kamo nilai 70 tu tak banyak tapi bg orang yang kat luar sana nilai tu terlalu mahal. Jgn cepat melatah bila tgk orang lain berkira kira tentang duit sebab kita tak berada didalam situasi dia.

    Mungkin nilai tersebut boleh menampung keperluan dia yang lain. Bg sy tak penting samada scan atau asalkan kita berdoa dan berusaha agar anak yg bakal lahir tu sempurna sifat. Alhamdulilah.

    ReplyDelete
  6. anon 5:48,
    mungkin juga rm70 tu nilai yg banyak..bole tanya kamu satu soalan? kamu dah mempunyai cahaya mata? kamu tahu bgaimana perasaan yg akan kamu hadapi bila mempunyai cahaya mata? kamu akan berkorban sepenuh diri dan sebagainya..tak ternilai seorang cahaya mata dgn nilai rm70 bagi sesiapa yg memahami naluri seorang ibu/bapa yg ingin kan yg terbaik utk anak-anak mereka dan percaya lah..akan dtg rezeki yg tidak2 kita sangka jika kita ikhlas..wallahualam~

    Salam

    ReplyDelete
  7. ni la dye org melayu, terlalu berkira sangat.. aku pn dh naik rimas dgn perangai org yang suka berkira n..memanglah nak berjimat cermat, tapi kenalah kat tmpat dye.. n kalau makan nak sedap tp nak murah (contoh..aduhh...duit boleh carik..rezeki ade kat mne2..pnat aku tgk krenah org yang berkira sgt n...

    ReplyDelete
  8. betul tu :)

    terima kasih kerana memahami....

    ReplyDelete