Wednesday, June 29, 2011

Fibroid Ketika Hamil

As Salam & hey guys

Semalam sab buat Detail Scan kat Columbia Asia Hospital, Puchong. Masa tengah scan, doctor check baby semua okay. Alhamdulillah. Doctor check otak dia, jantung, jari jemari. But suddenly doctor check ada fibroid dalam rahim. And besar fibroid tu dalam 2.5cmX3.5cm macam tu lah. Terkejut jugak sab dengar. Sebab tak pernah tahu yang perempuan mengandung pon boleh ada fibroid. So sab tanya lah doctor, bahaya ke? Doktor kata kes ini biasa. Dalam 10 orang, 6 orang ada fibroid. Tapi ikut orang juga, ada yang makin membesar dan mengganggu perkembangan baby. Sab harap tak ada masalah nanti. Sebab banyak kesan sebenarnya. Ini yang sab ada jumpa dalam Google.

10-30 % yang bermasalah tu mungkin akan merasa:-

1. rasa sakit akibat rahim yang membesar, akan terasa sakit di bahagian belakang, kawasan ari-ari, peha dan kaki….tapi orang mengandung tanpa fibroid pun alami sakit sebegini….kan???
Antara 3-4 bulan kandungan, ada fibroid akan mengalami “red degeneration”-iaitu bahagian tengah fibroid degenerated (???mati) dan akan sebabkan rasa sakit yang amat sangat tetapi sakit tu berakhir dengan sendiri antara 4-5 hari kemudian. Rawatan hanya dengan berehat, tuam dengan air suam tau ambil je paracetamol.

2. keguguran boleh berlaku di awal kandungan kerana fibroid menghalang kandungan melekat pada rahim..tapi aril, isteri mungkin selamat dari keguguran sebab kandungan dah masuk tiga bulan.

3. mungkin fibroid menekan pundi kencing yang akan sebabkan acap kencing atau sukar untuk kencing atau menekan usus dan sebabkan sembelit

4. lahir pramatang boleh berlaku kerana fibroid ganggu pembesaran semulajadi rahim.

5. kandungan mungkin akan berkedudukan tidak normal- melintang, sonsang, mengiring diakhir kandungan menyebabkan tidak boleh bersalin secara biasa.

6. jika fibroid ada dibahagian bawah rahim dan dekat pangkal rahim, jalan untuk bersalin biasa akan tersekat dan kandungan tidak boleh lahir secara biasa

7. kekadang kedudukan uri jadi tidak normal

Ianya bergantung kepada saiz fibroid dan kedudukannya pada rahim. Pendapat yang mengatakan saiz fibroid akan membesar cepat ketika mengandung adalah kurang tepat, kajian terbaru mengatakan bahawa saiz fibroid akan kekal atau membesar sedikit sahaja walaupun paras estrogen tinggi ketika mengandung. Ada juga kes yang fibroid makin mengecil semasa mengandung.

So, sekarang ni sab berdoa agar tidak timbul sebarang masalah ketika mengandung ni and masa nak lahirkan baby. And harap baby sab sihat. Lagi 2 minggu sab ada appointment dengan Doctor Raja, so sab akan tanya sepenuhnya. In the mean time, siapa-siapa yang pernah jadi macam ni mohon bagi pandangan. TQ.
Kalau boleh nampak ada benjolan kat atas tu. Itulah yang doctor detect fibroid.

2 comments:

  1. insyaallah kita doa same2 semuanya akan baik2 aje...

    ReplyDelete
  2. mama akid,

    thank u so much kak. risau juga sab. tapi taknak stres sangat. harap2 semua okay nanti.

    ReplyDelete