Daisypath Anniversary tickers Lilypie Second Birthday tickers

Wednesday, April 20, 2011

Ingatkah Lagi Pada Mereka?

SHAH ALAM 6 Sept. - ''Anak saya mengadu baba pukul dan tumbuk dia.''
Itu merupakan keterangan seorang ibu muda ketika menceritakan penderitaan yang terpaksa ditanggung anak perempuannya akibat sering dipukul oleh teman lelakinya, warga Sudan.
Bekas setiausaha sebuah syarikat pembinaan, Ellina Maulad Mahather, 25, memberitahu demikian di Mahkamah Tinggi di sini pada perbicaraan hari pertama Mohannad Taha Ismail, 25, yang didakwa dengan sengaja menyebabkan kematian Aaliyah Ayman Hussin Abdullah.
Aaliyah merupakan anak hasil perkahwinan Ellina dengan bekas suaminya, Ayman Hussin Mahmud sebelum bercerai pada 2008.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu antara pukul 7.30 dan 8.30 malam, 12 Oktober tahun lalu di No. 9/D3/9 Palazzo Tower, Kondominium Venice Hill, Batu 9, Cheras, Hulu Langat dekat sini.
Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mati jika disabitkan kesalahan.
Menurut saksi itu, tertuduh mula memarahi dan memukul Aaliyah yang ketika itu berusia hampir tiga tahun menggunakan penyangkuk baju, pembaris dan tangan, selepas berselisih faham dengan bapanya berhubung masalah kewangan.
''Kadang-kadang saya berjaya menghalang tertuduh daripada pukul anak saya tetapi ada kalanya tidak berjaya dan turut dimarahi apabila cuba menghalang,'' katanya.
Menceritakan kejadian itu, Ellina berkata tertuduh menelefonnya di tempat kerja pada pukul 11.30 pagi dalam keadaan marah menyatakan, Aaliyah telah kencing merata-rata.
''Dia juga ada beritahu akan ajar Aaliyah tetapi saya pujuk tertuduh agar tidak buat apa-apa dan akan membersihkan segala kotoran apabila pulang dari kerja," ujarnya Ellina yang turut mengatakan seminggu sebelum kejadian, anaknya berubah menjadi pendiam dan sering terkencing.
Bagaimanapun lebih kurang pukul 4.30 petang, tertuduh sekali lagi menghubunginya dan memberitahu Aaliyah telah koma.
Mohannad Taha telah menjemputnya di tempat kerja dan sebelum pulang ke rumah, pasangan itu telah singgah di sebuah pasar raya untuk membeli lampin pakai buang dan ubat.
''Tiba di rumah kira-kira pukul 7.30 malam, saya lihat anak sedang terbaring di atas lantai ruang tamu dalam keadaan sukar bernafas. Melihat keadaan itu, saya dan tertuduh menangis hampir 15 ke 20 minit.
''Ketika ini, tertuduh cuba memberikan bantuan pernafasan mulut ke mulut (CPR) tetapi darah telah mulai keluar dari dalam telinga kiri, selepas itu Aaliyah tidak lagi bernafas.
''Tertuduh jadi panik, takut dan tidak mahu melepaskan saya membawa Aaliyah ke hospital kerana bimbang ditangkap polis dan didakwa memukul anak saya. Dia juga kata kehidupan kami akan berakhir sekiranya perkara itu terjadi,'' kata Ellina.
Justeru itu saksi berkata, dia telah memujuk dan mencadangkan supaya tertuduh memberitahu kecederaan Aaliyah akibat perbuatan pembantu rumah.
Mendengar cadangan itu, lelaki tersebut terus membalut Aaliyah dengan kain sebelum mereka bergegas ke hospital.
Disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya, Alfred Egim, mengapakah saksi memberikan cadangan tersebut, Ellina berkata, dia keliru antara rasa sayangnya terhadap tertuduh selain disebabkan lelaki itu tidak membenarkan dia keluar membawa anaknya ke hospital.
Perbicaraan yang didengar oleh Hakim Datuk Alim Abdullah bersambung esok.
Menurut laporan akhbar sebelum ini, kanak-kanak malang itu mati akibat didera di samping didakwa turut menjadi mangsa perlakuan seks teman lelaki ibunya.

Ini ketaran akhbar sab ambil dari paper Utusan Malaysia 07/09/2010. Paling latest pon cerita depa ni pasal boyfriend dia tu kena bela diri atas pertuduhan. Peguam dia pon dah tarik diri.

Sebenarnya yang sab nak cerita kat sini bukan hanya pasal baby malang tu. Tapi, mak dia. Masa tahun 2006 tak silap sab, time tu tengah hangat2 lah kami budak2 hingusan ni dengan clubbing. *tak sedor diri masa ni*. Sab pernah terserempak dan berborak dengan mak budak ni few times jugak. Sebab dia ni memang aktif dengan menari-nari ni. Memang dasyat! Kira time tu hangat lah hip hop hip hop semua ni. Kalau ada competition je mesti dia masuk. Dan komfem menang. So of coz la kitaorg ingat dia ni siapa. Lagipon, kawan atas kawan. Tapi lepas tu tak jumpa dah. Tup tup keluar berita dia. Adus! Punyalah sab terkejut. Sebab kitaorg tak tau dia dah kawen masa tu. *walaupun ada nampak dia dengan lelaki ala-ala orang Sudan/ African American yang sikit kulit cerah, mungkin itu husband dia* 

Ape lagi, kecoh lah kitaorg. Call lah balik member-member kot2 ingat dengan dia. Semua pon terkejut. Memang tak sangka lah. Sebab dia sangat comel in person. Kecik je orangnya. Lincah lah jugak. Tapi macam ni pulak jadinya. Humphhh. Ape2 pon kitaorg jadikan kisah ni sebagai pengajaran. Kesian kat baby Aaliyah. Comel je budaknya *walaupun tak pernah tengok in person*. 

Ni ada gambar dia sab cilok kat google.



Masa ni lah Sab ada borak dengan dia tahun 2006. Still ingat lagi sampai sekarang apa dia pakai. Sebab dia sorang je yang menyerlah masa tuh. Sab jamin siapa2 yang ada masa tu, komfem lah ingat kat dia ni.



Allahyarhamah Baby Aaliyah. Ya Allah, Kau peliharalah anak ini. Sesungguhnya dia tidak berdosa. Amin.

Siap boleh senyum!!!

The Mother!

The KILLER!

4 comments:

  1. tak suka baca citer camni..rasa geram kat mak dia dan kesian sesangat kt anak.. aduhai.. ramai lagi pasangan yg kepingan nk anak tp belum rezeki, yg ni dh ada jd lagu tu pulak..huhu

    ReplyDelete
  2. puan mar, itulah. tengok baby tu issshh. yang peliknya mak dia macam tak buat apa pon. sedangkan dia sendiri cakap, lelaki tu selalu pukul anak dia. takkan lah dia takda sifat ibu sikit pon dalam diri dia.

    ReplyDelete
  3. This woman now becoming famous because of stealing someone's galaxy note, and her new bf warning the victim stop text to them and asking about the phone. Now I read this, what kind of person will done this to a little kid? And do ntg to help on it? Shame on her!

    ReplyDelete
  4. Angel..., yes i know! i read about that incident too.. but patrick got his phone back right?? the funny thing is, she posted her own picture but using patrick's instagram account.. booo!! she cant even protect her own daughter before, and now... she make a fool of herself by posting her own picture... duhhhh...

    ReplyDelete