Tuesday, April 19, 2011

Ibu Mertua ku ;)

As Salam & hye peeps.

Semalam sab ade post pasal tetibe teringgggiiinnn sangat nak makan ketam masak lemak. Ape lagi, call la Jai minta tolong carikan lauk ketam tuh. Habis dia pusing subang siap tanya kat mak cik kedai lagi takde ke lauk ketam. So takda lah jumpa. Sab call lah Jai tanya ada ke lauk ketam? Dia cakap lauk takda, tapi ketam ada lah! Rupa-rupanya dia call mak tanya kat mana jual, last2 mak cakap gi beli ketam mak masakkan. Adus rasa bersalah pon ada. Kesian kat mak mertua sab. Memang lah semalam dia cuti. Tapi tak sangka dia nak masakkan. So sampai2 je rumah, tengok dia dah kat dapur tengah 'mengerjakan' ketam tu. heheh. So mak pon masaklah. Masa sab tengah naik mandi, turun2 dah siap masak dah. Cepat sungguh dia masak. Wangi lak tu baaauu. Fuh! Pastu mak masak sambal tumis ikan bilis dengan kentang. Pergh itu memang fav Jai. Ikan bilis nya rangup. Lepas maghrib je apa lagi, sental lah makan. So, Sab makan sekor setengah. Jai makan setengah je ehehhee. Masak 3 ekor je pon. So kira sorang satu lah kan. Tapi apakan daya, penangan mak mertua masak. Tapi, mak makan kemudian. Tapi, pagi tadi bila sab nak pergi kerja, tetibe atas kerusi mak dah bungkuskan bekal untuk opis. Rupa-rupanya mak tak makan pon ketam lagi sekor yang kitaorg tinggalkan untuk dia. Rasa terharu sangat. *sobs sobs*  So dapatlah tenghari tadi sab makan lagi sekor.
Ya Allah, sedaaappp.

Terima Kasih Mak. Sayang Mak :)

Seeedddaaaapppp ;)

No comments:

Post a Comment