Tuesday, April 19, 2011

Sila Berfikiran Lebih Matang

As Salam & hye korunk


Sebenarnya sab dah lama nak tulis pasal entry ni. Tapi mula-mula macam malas. So ni tengah kerajinan sab pun tulis lah. Sab paling tak suka dengan orang yang suka fitnah-memfitnah and orang yang suka main terjah-terjah tanya soalan tak masuk akal ataupun yang memang takda kena mengena. Nak tanya tu sab tak kesah, tapi bila dah sampai nak main tuduh-tuduh benda yang kita tak buat, sab naik meluat. Apa korang rasa kalau tetibe orang terjah tanya benda yang kita tak tahu menahu? Lepas tu bersungguh-sungguh tu nak meyakinkan diri dia sendiri. Rasa meluat sangat. Terus jadi sakit hati. Ingat kita takda kerja lain ke nak buat selain nak melayan orang macam tuh.

Tak cukup dengan tu, diwar-warkan pulak tu. Konon macam minta kesian kat orang lain. Sangat immature! Tolong la cuba berfikiran matang sikit. Orang kata, "Alah budak lagi dia tuh. Memang macam tuh." Tapi pada sab, umur tidak penting. Tapi gunakan otak sebelum nak buat apa-apa. Kata-kata tak boleh nak tarik balik. Bila sekali dah sakitkan hati orang lain, luka tu tetap akan ada selamanya. We forgive, but we never forget! Jadi, faham-fahamlah kenapa sab tak layan dah orang yang macam tu yeh. Buang masa sab je. Banyak lagi sab nak fikirkan.


Moral of the story:- 
Jangan terlalu ikutkan perasaan dan sesuka hati nak cakap apa. Sebab kata-kata tu lah yang bawa binasa pada tuan empunya badan. Lagi satu, kita kena belajar macam mana nak hormat orang yang lebih tua dari kita. Give respect, and you will gain respect in return.

3 comments: