Monday, April 11, 2011

Seribu Satu Macam Perasaan

Assalamualaikum wbt & morning...

Hari ni sab tergerak hati nak tulis blog. Ikutkan tengah banyak kerja kat office ni. Lagi satu, dah dua hari tak sedap badan. Nak kata tak makan, tiap masa sab makan, cuma tak banyak lah. Tapi, tetap tak sedap perut. Mungkin ini lah dugaan orang mengandung. Kandungan sab baru nak masuk 2 bulan 21 April ni. Alhamdulillah, buat masa ni takde lah pulak alahan yang teruk. Sekali sekala je muntah. Tapi yang pelik tu, sab bukannya morning sickness, tapi evening sickness hehehe. Pagi okay jek, tapi lepas lunch sampailah malam haaaah mula lah. Especially bila time balik kerja. Masuk je kereta sampai lah kat rumah, ada je tak kena. Semua mcam lah ada. Ibu cakap, masa ibu mengandung kan sab dengan kakak macam ni lah jugak. Mungkin sab mengikut ibu.

Tapi apa-apa pun, bila dah start mengandung ni, baru lah teringat balik masa dulu-dulu. Banyak dosa dengan ibu. *sobs sobs*.  Ibu cakap, "Haaah, sebab tu lah ibu-ibu kat dunia ni sayang anaknya, sanggup korban macam-macam, masa mengandung 9 bulan berat dugaan Allah bagi". Memang betul, walaupun sab baru first trimester, tapi dah mula rasa dugaannya. Tak dapat nak diungkap dengan kata-kata and tak dapat nak menyusun ayat bagitau korunk semua macam mana perasaannya. Nanti bila turn korunk, haaah tahu lah hehee. Tapi, dalam masa yang sama, happy nya tak terkata. Tak sabar nak tengok perut ni membesar. Nak rasa baby tendang and gerak-gerak.

With beloved Ibu, di Jabal Rahmah, pertemuan Adam dan Hawa. Umrah 2009.

Doaku agar kandungan ku sihat sentiasa dan dirahmati Allah. Semoga selamat hendaknya dan dipermudahkan segala urusan. Moga nanti, jadi anak yang soleh/solehah, cerdik akal fikiran, fasih tutur bahasa dan sihat tubuh badan. Serta comel- comel anak mama nanti :) 
Amin Ya Rabbal Alamin.......

Okaylah, nak kena sambung buat kerja. Banyak pulak dah time aku nak tulis panjang-panjang.

No comments:

Post a Comment