Daisypath Anniversary tickers Lilypie Second Birthday tickers

Monday, April 25, 2011

Monday Blues

HARI ISNIN YANG MEMBOSANKAN DAN MENGANTUKSSSS :(

Lemau rasanya. Macam nak balik tidor jerk jerk jerk *macam kereta semput lah kau nih*! hahah!

Haish. Kenapa kita kena kerja 5 hari seminggu. Boleh tak kalau kerja 3 hari seminggu je :D  ngeeee.

Yang hari lain-lain tu cuti duduk rumah diam-diam. Silonoknya!

Thursday, April 21, 2011

Our Little One ;)

As Salam & hye.

Sab baru buat check up tadi kat Columbia Asia Hospital, Puchong. Well, masa first tu sab buat kat Az-Zahrah kan, but tukar ke sini sebab kat sana tu bukan my permanent doctor, but a sub je pon. So macam tak confident je. So my current and permanent doctor is Dr. Raja Juhaidah. One of the best O&G doctor! So memandangkan masa first check up kat Az-Zahrah tak boleh detect how many weeks, today dah confirm! It is 9 Weeks and 3 Days! Bukan itu je, sab bergenang air mata bila tengok my baby gerak-gerak dalam tummy. And jantung dia sangat laju. Macam yang boxing tu hehehe. Bila doctor kuatkan sound lagi lah me and jai terlopong. Laju nye! hehehe. Doctor kata baby saya sihat and aktif. Lasak dia ni nanti ;)
Apa-apa pon, Alhamdulillah baby sihat. Glad to hear that from the doctor. So ni ada gambar scan. Enjoy!

Nampak tak heartbeat nya scale tu? heheh.



DUE DATE :   20 / 11 / 2011
nice kan!!! ;)

p/s:  Next check up-  19th Mei 2011

Wednesday, April 20, 2011

Ingatkah Lagi Pada Mereka?

SHAH ALAM 6 Sept. - ''Anak saya mengadu baba pukul dan tumbuk dia.''
Itu merupakan keterangan seorang ibu muda ketika menceritakan penderitaan yang terpaksa ditanggung anak perempuannya akibat sering dipukul oleh teman lelakinya, warga Sudan.
Bekas setiausaha sebuah syarikat pembinaan, Ellina Maulad Mahather, 25, memberitahu demikian di Mahkamah Tinggi di sini pada perbicaraan hari pertama Mohannad Taha Ismail, 25, yang didakwa dengan sengaja menyebabkan kematian Aaliyah Ayman Hussin Abdullah.
Aaliyah merupakan anak hasil perkahwinan Ellina dengan bekas suaminya, Ayman Hussin Mahmud sebelum bercerai pada 2008.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu antara pukul 7.30 dan 8.30 malam, 12 Oktober tahun lalu di No. 9/D3/9 Palazzo Tower, Kondominium Venice Hill, Batu 9, Cheras, Hulu Langat dekat sini.
Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mati jika disabitkan kesalahan.
Menurut saksi itu, tertuduh mula memarahi dan memukul Aaliyah yang ketika itu berusia hampir tiga tahun menggunakan penyangkuk baju, pembaris dan tangan, selepas berselisih faham dengan bapanya berhubung masalah kewangan.
''Kadang-kadang saya berjaya menghalang tertuduh daripada pukul anak saya tetapi ada kalanya tidak berjaya dan turut dimarahi apabila cuba menghalang,'' katanya.
Menceritakan kejadian itu, Ellina berkata tertuduh menelefonnya di tempat kerja pada pukul 11.30 pagi dalam keadaan marah menyatakan, Aaliyah telah kencing merata-rata.
''Dia juga ada beritahu akan ajar Aaliyah tetapi saya pujuk tertuduh agar tidak buat apa-apa dan akan membersihkan segala kotoran apabila pulang dari kerja," ujarnya Ellina yang turut mengatakan seminggu sebelum kejadian, anaknya berubah menjadi pendiam dan sering terkencing.
Bagaimanapun lebih kurang pukul 4.30 petang, tertuduh sekali lagi menghubunginya dan memberitahu Aaliyah telah koma.
Mohannad Taha telah menjemputnya di tempat kerja dan sebelum pulang ke rumah, pasangan itu telah singgah di sebuah pasar raya untuk membeli lampin pakai buang dan ubat.
''Tiba di rumah kira-kira pukul 7.30 malam, saya lihat anak sedang terbaring di atas lantai ruang tamu dalam keadaan sukar bernafas. Melihat keadaan itu, saya dan tertuduh menangis hampir 15 ke 20 minit.
''Ketika ini, tertuduh cuba memberikan bantuan pernafasan mulut ke mulut (CPR) tetapi darah telah mulai keluar dari dalam telinga kiri, selepas itu Aaliyah tidak lagi bernafas.
''Tertuduh jadi panik, takut dan tidak mahu melepaskan saya membawa Aaliyah ke hospital kerana bimbang ditangkap polis dan didakwa memukul anak saya. Dia juga kata kehidupan kami akan berakhir sekiranya perkara itu terjadi,'' kata Ellina.
Justeru itu saksi berkata, dia telah memujuk dan mencadangkan supaya tertuduh memberitahu kecederaan Aaliyah akibat perbuatan pembantu rumah.
Mendengar cadangan itu, lelaki tersebut terus membalut Aaliyah dengan kain sebelum mereka bergegas ke hospital.
Disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya, Alfred Egim, mengapakah saksi memberikan cadangan tersebut, Ellina berkata, dia keliru antara rasa sayangnya terhadap tertuduh selain disebabkan lelaki itu tidak membenarkan dia keluar membawa anaknya ke hospital.
Perbicaraan yang didengar oleh Hakim Datuk Alim Abdullah bersambung esok.
Menurut laporan akhbar sebelum ini, kanak-kanak malang itu mati akibat didera di samping didakwa turut menjadi mangsa perlakuan seks teman lelaki ibunya.

Ini ketaran akhbar sab ambil dari paper Utusan Malaysia 07/09/2010. Paling latest pon cerita depa ni pasal boyfriend dia tu kena bela diri atas pertuduhan. Peguam dia pon dah tarik diri.

Sebenarnya yang sab nak cerita kat sini bukan hanya pasal baby malang tu. Tapi, mak dia. Masa tahun 2006 tak silap sab, time tu tengah hangat2 lah kami budak2 hingusan ni dengan clubbing. *tak sedor diri masa ni*. Sab pernah terserempak dan berborak dengan mak budak ni few times jugak. Sebab dia ni memang aktif dengan menari-nari ni. Memang dasyat! Kira time tu hangat lah hip hop hip hop semua ni. Kalau ada competition je mesti dia masuk. Dan komfem menang. So of coz la kitaorg ingat dia ni siapa. Lagipon, kawan atas kawan. Tapi lepas tu tak jumpa dah. Tup tup keluar berita dia. Adus! Punyalah sab terkejut. Sebab kitaorg tak tau dia dah kawen masa tu. *walaupun ada nampak dia dengan lelaki ala-ala orang Sudan/ African American yang sikit kulit cerah, mungkin itu husband dia* 

Ape lagi, kecoh lah kitaorg. Call lah balik member-member kot2 ingat dengan dia. Semua pon terkejut. Memang tak sangka lah. Sebab dia sangat comel in person. Kecik je orangnya. Lincah lah jugak. Tapi macam ni pulak jadinya. Humphhh. Ape2 pon kitaorg jadikan kisah ni sebagai pengajaran. Kesian kat baby Aaliyah. Comel je budaknya *walaupun tak pernah tengok in person*. 

Ni ada gambar dia sab cilok kat google.



Masa ni lah Sab ada borak dengan dia tahun 2006. Still ingat lagi sampai sekarang apa dia pakai. Sebab dia sorang je yang menyerlah masa tuh. Sab jamin siapa2 yang ada masa tu, komfem lah ingat kat dia ni.



Allahyarhamah Baby Aaliyah. Ya Allah, Kau peliharalah anak ini. Sesungguhnya dia tidak berdosa. Amin.

Siap boleh senyum!!!

The Mother!

The KILLER!

Tuesday, April 19, 2011

Sila Berfikiran Lebih Matang

As Salam & hye korunk


Sebenarnya sab dah lama nak tulis pasal entry ni. Tapi mula-mula macam malas. So ni tengah kerajinan sab pun tulis lah. Sab paling tak suka dengan orang yang suka fitnah-memfitnah and orang yang suka main terjah-terjah tanya soalan tak masuk akal ataupun yang memang takda kena mengena. Nak tanya tu sab tak kesah, tapi bila dah sampai nak main tuduh-tuduh benda yang kita tak buat, sab naik meluat. Apa korang rasa kalau tetibe orang terjah tanya benda yang kita tak tahu menahu? Lepas tu bersungguh-sungguh tu nak meyakinkan diri dia sendiri. Rasa meluat sangat. Terus jadi sakit hati. Ingat kita takda kerja lain ke nak buat selain nak melayan orang macam tuh.

Tak cukup dengan tu, diwar-warkan pulak tu. Konon macam minta kesian kat orang lain. Sangat immature! Tolong la cuba berfikiran matang sikit. Orang kata, "Alah budak lagi dia tuh. Memang macam tuh." Tapi pada sab, umur tidak penting. Tapi gunakan otak sebelum nak buat apa-apa. Kata-kata tak boleh nak tarik balik. Bila sekali dah sakitkan hati orang lain, luka tu tetap akan ada selamanya. We forgive, but we never forget! Jadi, faham-fahamlah kenapa sab tak layan dah orang yang macam tu yeh. Buang masa sab je. Banyak lagi sab nak fikirkan.


Moral of the story:- 
Jangan terlalu ikutkan perasaan dan sesuka hati nak cakap apa. Sebab kata-kata tu lah yang bawa binasa pada tuan empunya badan. Lagi satu, kita kena belajar macam mana nak hormat orang yang lebih tua dari kita. Give respect, and you will gain respect in return.

Ibu Mertua ku ;)

As Salam & hye peeps.

Semalam sab ade post pasal tetibe teringgggiiinnn sangat nak makan ketam masak lemak. Ape lagi, call la Jai minta tolong carikan lauk ketam tuh. Habis dia pusing subang siap tanya kat mak cik kedai lagi takde ke lauk ketam. So takda lah jumpa. Sab call lah Jai tanya ada ke lauk ketam? Dia cakap lauk takda, tapi ketam ada lah! Rupa-rupanya dia call mak tanya kat mana jual, last2 mak cakap gi beli ketam mak masakkan. Adus rasa bersalah pon ada. Kesian kat mak mertua sab. Memang lah semalam dia cuti. Tapi tak sangka dia nak masakkan. So sampai2 je rumah, tengok dia dah kat dapur tengah 'mengerjakan' ketam tu. heheh. So mak pon masaklah. Masa sab tengah naik mandi, turun2 dah siap masak dah. Cepat sungguh dia masak. Wangi lak tu baaauu. Fuh! Pastu mak masak sambal tumis ikan bilis dengan kentang. Pergh itu memang fav Jai. Ikan bilis nya rangup. Lepas maghrib je apa lagi, sental lah makan. So, Sab makan sekor setengah. Jai makan setengah je ehehhee. Masak 3 ekor je pon. So kira sorang satu lah kan. Tapi apakan daya, penangan mak mertua masak. Tapi, mak makan kemudian. Tapi, pagi tadi bila sab nak pergi kerja, tetibe atas kerusi mak dah bungkuskan bekal untuk opis. Rupa-rupanya mak tak makan pon ketam lagi sekor yang kitaorg tinggalkan untuk dia. Rasa terharu sangat. *sobs sobs*  So dapatlah tenghari tadi sab makan lagi sekor.
Ya Allah, sedaaappp.

Terima Kasih Mak. Sayang Mak :)

Seeedddaaaapppp ;)

Monday, April 18, 2011

Ketam Masak Lemak

YA ALLAH

Sedapnya kalau dapat makan Ketam Masak Lemak!!!
Huwaaaaaaaaarrgghhhhhh


Craving for it!
:(

Wednesday, April 13, 2011

Lidah atau kata-kata lebih tajam dari mata pedang - Tubelawak!

As Salam & evening guys.

Ni sab dapat dari blog Tubelawak. Haaa, saja nak share dengan korang. Sila lah baca yeh. And kalau ada apa2 yang korang tak suka ke atau pun tak bersependapat ke, silalah comment kat blog dia. Comment kat blog sab pon boleh. Takda masalahnya. Lagipun, sab bukan lah jenis tak boleh terima kritikan. Tak main lah macam tu sampai nak emo2 kan. So feel free to read and comment :)

Honeymoon Canceled :(

As Salam & morning

Well, due to the mudflood in Thailand, so we decided to cancel our honeymoon trip :(
Ya lah, bahaya what pergi sana time2 macam ni. Our flight sepatutnya next month. Alamatnya, pergi tahun depan jek lah huhu. Ni bulan 6 nak pergi Phuket pon takut2. Ish. Nasib baik book hotel Krabi tu pakai Booking.com, so takda lah kena charge apa2. Cuma flight je la kena bayar extra sebab nak tukar tarikh. humph. Hopefully, Phuket tak lah jadi apa2 nanti. Sebab untuk bilik dah bayar. Well, under MaxGeneration la kan. Fenin2!

A man looks at what is left of his village after landslides struck tambon Na Khao in Krabi’s Khao Phanom district. At least 3 people were killed in the landslides which were triggered by flooding.

Tuesday, April 12, 2011

I Want This! I Want This! So Bad!!!

Quinny Zapp Xtra (Recline) & Maxi Cosi Cabriofix Travel System

Quinny Zapp Xtra ( Recline )
The Zapp Xtra gives the existing Zapp stroller greater functionality and usability whilst maintaining many of the original Zapp features.

The Quinny Zapp Xtra can be used from birth and has a fully reclining seat unit that can be used forward or rearward facing.

The Quinny Zapp Xtra includes Maxi Cosi travel adapters and is travel system compatible with the Maxi Cosi Cabriofix car seat in Black Reflection included. The Quinny Zapp Xtra also includes a sun canopy, raincover and under storage basket.

Other features include:

- chassis has compact fold
- forward facing: 3 recline positions
- rearward facing: 2 recline positions
- reclining seat unit adjusted with 1 hand

Maxi Cosi Cabriofix

The Maxi Cosi Cabriofix is a Group 0+ from birth to approx. 12 months (0-13kg).

Features include:

- Side Protection System offers optimal protection against side impact
- integrated sun canopy
- support pillow and headhugger for younger babies
- convenient hooks to keep harness out of the way to make it easier to place you baby in the car seat
- lightweight at only 3.25kg

The Maxi Cosi Cabriofix car seat must always be fitted in a rearward facing position and can be installed into the car in three ways
- without a base using the 3-point seat belt
- Maxi-Cosi EasyBase; the base attaches using the regular 3 point seat belt
- Maxi-Cosi EasyFix or Maxi Cosi FamilyFix Bases that both use Isofix anchor points. The Easyfix can also be fitted with the 3 point seat belt making it suitable for a car with or without Isofix.

NEVER place the Maxi Cosi Cabriofix on a front seat if an airbag is fitted.

Bila pasang jadi lah macam ni. Cantik kaaannnn!!

 
Price:   RM 2,299.90   *gulp*

Sila kumpul duit dari sekarang yehhhh!  :)

kenapa beli yang mahal sangat? takpe lah, nanti kakak sab pulak boleh pakai untuk baby dia. tapi kalau dapat kembar!?? alamak, kakak kena beli baru lewwww hehehe..

Macam-macam Ada

As Salam & slmt petang.. chewah.

Okay, sab nak share satu website ni. Dia boleh juga dikatakan online shopping. But at the same time, kita boleh juga pergi kedai dia. Macam lebih kurang pemborong lah. Sebab barang2 dia saaaannggaatt banyak and pelbagai brand. Sab saja lah gedik2 tengok stroller heheheeh. Nak yang Quinny nye brand. So puas lah search, sab pun terjumpa lah depa ni. Haaaa, cuba la korunk check jugak. Dia ada variety barang.
Orang kata Macam-macam Ada :p   kedai dia kat Salak Selatan jek. So takde hal lah nak pergi kan kan.

Selamat bershoppppiinngggg :D


Monday, April 11, 2011

Seribu Satu Macam Perasaan

Assalamualaikum wbt & morning...

Hari ni sab tergerak hati nak tulis blog. Ikutkan tengah banyak kerja kat office ni. Lagi satu, dah dua hari tak sedap badan. Nak kata tak makan, tiap masa sab makan, cuma tak banyak lah. Tapi, tetap tak sedap perut. Mungkin ini lah dugaan orang mengandung. Kandungan sab baru nak masuk 2 bulan 21 April ni. Alhamdulillah, buat masa ni takde lah pulak alahan yang teruk. Sekali sekala je muntah. Tapi yang pelik tu, sab bukannya morning sickness, tapi evening sickness hehehe. Pagi okay jek, tapi lepas lunch sampailah malam haaaah mula lah. Especially bila time balik kerja. Masuk je kereta sampai lah kat rumah, ada je tak kena. Semua mcam lah ada. Ibu cakap, masa ibu mengandung kan sab dengan kakak macam ni lah jugak. Mungkin sab mengikut ibu.

Tapi apa-apa pun, bila dah start mengandung ni, baru lah teringat balik masa dulu-dulu. Banyak dosa dengan ibu. *sobs sobs*.  Ibu cakap, "Haaah, sebab tu lah ibu-ibu kat dunia ni sayang anaknya, sanggup korban macam-macam, masa mengandung 9 bulan berat dugaan Allah bagi". Memang betul, walaupun sab baru first trimester, tapi dah mula rasa dugaannya. Tak dapat nak diungkap dengan kata-kata and tak dapat nak menyusun ayat bagitau korunk semua macam mana perasaannya. Nanti bila turn korunk, haaah tahu lah hehee. Tapi, dalam masa yang sama, happy nya tak terkata. Tak sabar nak tengok perut ni membesar. Nak rasa baby tendang and gerak-gerak.

With beloved Ibu, di Jabal Rahmah, pertemuan Adam dan Hawa. Umrah 2009.

Doaku agar kandungan ku sihat sentiasa dan dirahmati Allah. Semoga selamat hendaknya dan dipermudahkan segala urusan. Moga nanti, jadi anak yang soleh/solehah, cerdik akal fikiran, fasih tutur bahasa dan sihat tubuh badan. Serta comel- comel anak mama nanti :) 
Amin Ya Rabbal Alamin.......

Okaylah, nak kena sambung buat kerja. Banyak pulak dah time aku nak tulis panjang-panjang.

Monday, April 4, 2011

Maternity Pillow.. I NEED IT!!!!

Aaaarrggghhhh... seriously I want this pillow!! tolong lah bantu saya... macam mana nak beli pillow ni guna Amazon.com... ada sesiapa yang pernah beli guna web ni..? orang dok cakap guna eBay.. tapi, malangnya bantal ni takde kat eBay... huwaa!!! please help meeeee.... :'(