Daisypath Anniversary tickers Lilypie Second Birthday tickers

Wednesday, March 30, 2011

Masalah Oh! Masalah...

Masalah Oh Masalah! Sapa Bole Bantu?
 
Cerita ni berdasarkan pengalaman aku sepanjang bekerja di tapak binaan selama lebih kurang 10 tahun...duduk sorang-sorang tu..tetiba teringat nak menulis pasal satu masalah ni..agak luar biasa masalah ni,jadi..siapa-siapa yang membaca..kalau boleh tolong,harap bantu lah yer?

Macam ni masalahnya :
 
Ade satu projek ni (projek gomen..hehe)..kerajaan nak develop satu projek pendidikan untuk rakyat tempatan,khabarnya nak buat universiti,lengkaplah frasarananya dengan learning centre,academic block,hostel,dewan serbaguna,perpustakaan dan..termasuklah satu bus-stop.Maka,bermula kerja-kerja pembinaan...pejam celik,pejam celik..dah dua tahun projek tu berjalan,kegigihan kontraktor Bumiputra ni memang tak dapat dinafikan..kerja bagus,kualiti superb,kerja tak pernah delay...pendek kata semua ok la..tersenyum lebar je Managing Director kontraktor Class-A tu tengok projek dia...masyukkkk~dah berkira-kira nak beli BMW X6..baru la competitor terbeliak mata tengok..kan?


Bile semua kerja dah hand-over pada client,selepas habis tempoh membaikipulih kecacatan(warranty)...tetiba client complaint kat kontraktor...ade masalah katanya kat bus-stop tu..kontraktor dah panik,ape pulak masalahnya ni..structure fail ke?specification salah ke?lantai retak ke?bumbung runtuh ke? habis la kena ganti..yang bangunan utama takde pulak complaint,sedangkan lagi la bertingkat-bertingkat,yang bus-stop cenonet tu pulak jadik masalah...warranty dah abis tempoh..rugi camni...nak tak nak,dengan rasa terpaksanya..dorang pon bawak la Engineer yang paling gempak kat Malaysia datang buat trouble-shoot,periksa punye periksa..takde pon rosaknya,semua ok..bukan main kukuh lagi bus-stop ni..habis digegar selagi mau tiang bus-stop tu,takde ape-ape pon...cat pon cun lagi...apa nih?ni yang nak marah nih!! kontraktor tu tak puas hati..dia pon pegi la tanya dgn client.".Ape masalahnye tuan? semua ok je..saya yakin kerja saya ikut spesifikasi...saya takdenye curik-curik kurangkan kualiti..." confident je kontraktor tu...


Client ckp "Masalahnye kat bus-stop tu takde bas pon yg nak berenti..kan masalah tu?" <--dengan muka tak bersalah mintak penampor jepun..
Kontraktor tepuk dahi 14x..camni punye org pon ade ke?????? $#&%^&*(%&#

cun kan? pelik nape takde bas yang nak berenti kat situ...ade hantu kot? 



geram!! aku geram!!

karate itu worang!!! - gambar hiasan je ok

universiti canggih,tapi bus-stop bas taknak berenti? camne? hehe
P/S : Kontraktor tu sekarang dikhabarkan dah gantung boot..tak larat layan kerenah client...hari-hari kena telan pain-killer =)

Nukilan:
Faizal~

Friday, March 25, 2011

BEBAS dan LIAR?! Kesilapan dalam mendidik anak-anak..

Sebenarnya terdapat banyak bentuk kesilapan dalam mendidik anak-anak.

Kesilapan terbesar ialah kegagalan ibu dan bapa menjadikan agama sebagai teras dalam pendidikan anak-anak.

Agama membawa kepada keseimbangan antara fizikal dan spiritual. Antara pembangunan akhlak dan
kecemerlangan akademik. Antara dunia dan akhirat.

Tanpa agama, anak-anak ibarat ditinggalkan di lorong yang gelap tanpa pedoman untuk diikuti.
Sering kali berlaku, ibu bapa yang bersungguh-sungguh memarahi anak yang mendapat nombor yang corot dalam peperiksaan, tetapi hanya buat selamba abapila mengetahui anaknya meninggalkan solat dengan sengaja.

Tak kurang juga ibu bapa yang sangat mengambil berat soal makan-minum anak-anak tetapi, mengabaikan terus 'makanan' rohani anak-anak yang sentiasa 'lapar' dan 'dahagakan' petunjuk agama.

Ada juga ibu bapa yang membiarkan anak-anak bergaul bebas lelaki perempuan dengan alasan ia adalah 'kebiasaan budak-budak zaman sekarang', tanpa peka dengan batasan syariat yang menuntut kawalan pergaulan antara jantina berbeza.

Ringkasnya, pengabaian agama merupakan kesilapan terbesar dalam pendidikan anak-anak.

Mendidik Tanpa Belas Ihsan

Selain itu, kesilapan juga berlaku apabila ibu bapa mendidik anak tanpa perasaan belas ihsan.
Dr Abdullah Nasih Ulwan menyebut bahawa terdapat anak-anak yang diperlaku dengan perlakuan yang keras sehingga menyebabkan anak-anak tertekan, kecewa, punah harapan dan ada yang membunuh diri.

Tidak dinafikan terdapat ibu bapa yang 'mendidik' anak berbekalkan luapan emosi marah tidak terkawal sehingga ada yang memaki hamun, menghina, memukul dan membelasah anak sendiri.
Bahkan kes-kes penderaan anak masih kerap didengari sehingga hari ini.

Kekerasan melampau ke atas anak-anak ini membuahkan kekacauan jiwa anak-anak. Hal ini juga ada kaitannya dengan faktor anak-anak enggan berada di rumah.

Bagi mereka 'Rumahku Nerakaku'.

Mereka lebih bahagia dan damai bila berada dengan rakan-rakan, yang kadang-kadang membawa mereka ke kancah kemusnahan kekal. Bagi si ibu dan bapa, perlu diingat bahawa mereka mempunyai tanggungjawab untuk berbuat baik kepada anak-anak kerana anak adalah amanah dari Allah SWT.

"Sesungguhnya Allah menyuruh menjalankan keadilan, berbuat baik, dan memberi kepada kaum kerabat." (Surah an-Nahl:90)

Sabda Rasulullah SAW: "Sekiranya Allah inginkan kebaikan bagi sesebuah keluarga, maka diberikan sifat belas kasihan kepada mereka. Dan andainya sifat belas kasihan itu suatu ciptaan (yang boleh dilihat), nescaya semua manusia akan memandangnya sebagai sebaik-baik ciptaan dari Allah. Dan sekiranya kekerasan itu adalah satu ciptaan (yang boleh dilihat), nescaya semua manusia akan memandangnya sebagai seburuk-buruk ciptaan dari Allah." - Riwayat Ahmad dan Al-Baihaqi

Terlalu Memanjakan Anak-Anak

Selain itu, kesilapan juga berlaku apabila ibu bapa terlalu memanjakan anak-anak.
Ada ibu bapa yang berat untuk menghukum dan menegur anak-anak semata-mata takutkan anak itu merajuk.

Kuasa merajuk anak itu diberikan sedemikian rupa sehingga anak itu berjaya memanupulasikannya sebagai senjata untuk mengugut ibu bapa.

Tidak salah untuk memanjakan mereka. Memang anak-anak perlukan kemanjaan dan kasih sayang.
Namun, tindakan yang salah ialah terlalu memanjakan anak dengan tidak menetapkan disiplin dan sempadan ke atas anak-anak. Akhirnya anak itu menjadi terlalu bebas, dan gagal dididik dangan teratur dan berprinsip.

Kesimpulan

Ringkasnya, antara faktor yang merosakkan pendidikan anak ialah berpunca dari ibu bapa sendiri yang gagal mendidik dengan cara yang betul.

Realiti hidup masa kini yang semakin kompleks dan mencabar menuntut ibu bapa agar lebih tekun mendalami ilmu dan kemahiran keibubapaan dan mengadaptasinya dalam kehidupan berkeluarga.
Landasan agama merupakan asas yang paling baik untuk menjadi bekalan dan rujukan dalam mendidik anak-anak menuju ketinggian sahsiah.

Salah siapa...

"Ibu Abah, kau lah ibu bapa yang terbaik di dunia ini.. tapi, anak mu ini yang degil mengejar kemewahan dan hiburan semata-mata sehingga alpa pada ajaran mu.. ampuni anakmu ini ibu abah.. aku sayang pada mu ...."

Thursday, March 24, 2011

Doa Seorang Muslimah


Ya Rabbi,

Aku berdoa untuk seorang suami, yang akan menjadi bahagian dari hidupku..
Seorang suami yang sungguh mencintai-Mu lebih dari segala sesuatu...
Seorang suami yang akan meletakkanku pada posisi kedua di hatinya setelah Engkau..
Seorang suami yang hidup bukan untuk dirinya sendiri tetapi untuk-Mu..
Seorang suami yang mempunyai sebuah hati yang sungguh mencintai dan haus akan Engkau dan memiliki keinginan untuk menauladani sifat-sifat Agung-Mu..

Seorang suami yang mengetahui bagi siapa dan untuk apa ia hidup, sehingga hidupnya tidaklah sia-sia.. Seorang suami yang memiliki hati yang bijak bukan hanya sekadar otak yang cerdas..
Seorang suami yang tidak hanya mencintaiku tetapi juga menghormati aku..
Seorang suami yang tidak hanya memujaku tetapi dapat juga menasihati ketika aku berbuat salah..
Seorang suami yang mencintaiku bukan kerana kecantikanku tetapi kerana hatiku..

Seorang suami yang dapat menjadi sahabat terbaikku dalam tiap waktu dan situasi..
Seorang suami yang dapat membuatku merasa sebagai seorang wanita ketika berada disisnya..
Seorang suami yang menginginkan pelukanku sebagai peneguhnya..
Seorang suami yang memerlukan doaku untuk kehidupannya..
Seorang suami yang menginginkan senyumanku untuk mengatasi kesedihannya..
Seorang suami yang memerlukan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna..

Dan aku juga meminta pada-Mu Ya Allah..

Jadikan aku seorang perempuan yang dapat membuat suami itu bangga..
Berikan aku sebuah hati yang sungguh mencintai-Mu, sehingga aku dapat mencintainya dengan cinta-Mu, bukan mencintainya dengan sekedar cintaku..
Berikanlah Sifat-Mu yang lembut sehingga kecantikanku datang dari-Mu bukan dari luar diriku..
Berikanlah aku tangan-Mu sehingga aku selalu mampu berdoa untuknya..
Berikanlah aku penglihatan-Mu sehingga aku dapat melihat perkara baik dalam dirinya dan bukan buruk saja..
Berikan aku mulut-Mu yang penuh dengan kata-kata kebijaksanaan-Mu dan pemberi semangat, sehingga aku dapat mendukungnya setiap hari, dan aku dapat tersenyum padanya setiap pagi..
Dan bilamana akhirnya kami akan bertemu, aku berharap kami berdua dapat mengatakaan..
“Betapa besarnya Engkau karena telah memberikan kepadaku seseorang yang dapat membuat hidupku menjadi sempurna”..
Aku mengetahui bahawa Engkau menginginkan kami bertemu pada waktu yang tepat dan Engkau akan membuat segalanya indah pada waktu yang telah Kau tentukan..

Ya Allah Ya Tuhanku..


Ya Allah,
Sesungguh aku pernah leka dengan kemewahan..
Aku pernah leka dengan hiburan..
Aku jadi alpa dengan keseronokkan..
Aku lupa segalanya Ya Allah..

Aku lupa erti halal haram..
Aku lupa erti agama Islam..
Aku lupa segala ajaran-Mu..
Aku hanya mengejar keseronokan duniawi..

Aku lupa pada hari pembalasan..
Aku lupa pada syurga-Mu..
Aku lupa pada hari tibanya ajalku..
Ya Allah.. hina nya hamba-Mu ini..

Tapi kini,
Alhamdulillah..
Kau telah bukakan mataku..
Kau telah bukakan hatiku..
Pengalaman lalu mengajarku..
Sejarah hitam menjadikan aku sedar..

Sedar akan segalanya..
Segala dosa-dosa ku..
Ya Allah.. aku beryukur..
Syukur ku ke hadrat-Mu Ya Allah..
Kau telah berikan ku peluang..
Peluang untuk aku mengenal apa itu kehidupan sempurna..
Sempurna sebagai seorang Islam..

Aku bersyukur dikurniakan seorang suami..
Suami yang dapat membimbing aku ke jalan yang benar..
Aku bersyukur Kau masih memanjangkan nyawa ibu bapa ku..
Agar meraka dapat mengajarku..
Sesungguhnya aku pernah menyakiti meraka..
Ya Allah, berdosa aku pada meraka..
Ibu Abah...

Ya Allah,
Aku bermohon pada-Mu keampunan..
Sesungguhnya aku tak layak ke syurga-Mu..
Tapi aku takut ke Neraka-Mu..
Kau ampunilah aku Ya Allah..
Kau ampunilah aku Ya Allah..
Kau ampunilah aku Ya Allah..

Aku Mencintai Mu Ya Allah..

Wednesday, March 23, 2011

Doa bagi Ibu Hamil

As Salam.. ni sabrina ada jumpa doa untuk ibu hamil.. sab dapat dari blog seseorang.. so tak salah kiranya sab berkongsi dengan semua.. mudah-mudahan doa kita termakbul..


Ya Allah ,
peliharalah anakku selama ia berada di dalam kandunganku dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan , tidak ada penawar melainkan penawar-Mu , penawar yang tidak meninggalkan penyakit.
Ya Allah ,
Engkau perelokkanlah kejadiannya yang sempurna dan tetapkanlah hatinya agar beriman kepada-Mu dan kepada Rasul-Mu.
Ya Allah ,
zahirkanlah dia ke dunia dengan mudah dan selamat .
Ya Allah,
anugerahkanlah dia kesihatan yang sempurna , berakal dan bijaksana , alim dan beramal .
Ya Allah,
panjangkanlah umurnya dalam ketaatan , sihatkanlah tubuh badannya ,dan indahkanlah akhlaknya , fasihkanlah lidahnya , perelokkanlah suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhamad s.a.w. dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam .
Aminnnnn..

;)


Pregnancy Glitter Graphics from dolliecrave.com

Pregnancy Glitter Graphics

Tuesday, March 22, 2011

Weeeee :D


Pregnant Quote Graphics from dolliecrave.com

Pregnancy Quotes

Bermulalah Segalanya

As Salam & morning guys..

Hari ni bermula lah segalanya.. Sejak dah pergi az-zahrah semalam, pagi ni sab dah start makan pil acid folic and minum susu Anmum Materna.. ramai orang cakap susu Anmum tu tak sedap and cepat muak.. tapi, sab baru minum ni rasa sedap pulak.. sampai serbuk susu tu pon sab makan hehehe.. rasa dia lemak2 manis.. kalau amik yang perisa chocolate tu mesti tak lalu sebab macam manis je tengok huhu.. mungkin juga sebab orang lain tak biasa minum susu.. sebab masa sab duduk US dekat 3 tahun, hari-hari sab minum susu dengan cereal.. so mungkin dah terbiasa..
btw, ada orang cakap minum susu ni baby jadi besar.. ye ke?? sab pon mule lah musykil.. tanya2 member diaorg ckp it depends jugak.. Anmum ni bagi nutrien utk baby and mommy nyer.. so minum ni bagus.. kalau baby jadi besar itu kehendak Allah Taala.. lagi satu, sebab makan makanan yang berlemak dan fast food.. itu memang la anak jadi besar, dengan mak2 nye skali.. so nampaknye sab kena  lah tahan makan fast  food utk 9 bulan akan datang huhuh.. takpe, janji anak yang dikandung ini sihat walafiat :) 

Doakan perjalanan kami sehingga ke 9 bulan akan datang selamat dan sihat sejahtera.. Amin :)

Monday, March 21, 2011

Alhamdulillah ;)

As Salam & hye guys..

just nak share the good news.. Alhamdulillah, pagi tadi sab dgn jai pergi Hospital Pakar Az-Zahrah kat bangi.. and dapat good news that im pregnant ;)  but tak boleh nak detect bape minggu ehheh.. kecik je lagi.. sebab masa buat scan kat perut tak nampak, so bila buat scan dari bawah haaaaa, baru lah nampak anak mama alalaaaa :p comel... so ni lah gamba scan kitaorg...

nampak tak yang kecik tu? tulah embrio... our baby ;)

Syukur Alhamdulillah..
Kau telah perkenan kan doa kami Ya Allah..

Pregnancy Glitter Graphics from dolliecrave.com

Pregnancy Glitter Graphics

Friday, March 18, 2011

Blog Ibu yang Cekal dan Tabah

Assalamualaikum wbt & hye bloggers..

Hari ni, masa sab tengah browse blog member, terjumpa satu blog.. i mean dua blog.. mula tertarik sebab gambar-gambar anak2 mereka..kemudian bila sab mula membaca satu persatu penulisan mereka, sab mula mengalirkan mata.. air mata mengalir kerana coretan mereka.. pengalaman pahit dan manis yang dikongsi cukup menyentuh hati bukan sahaja perempuan malah lelaki.. mula berlegar dalam kepala,
"tak mungkin aku setabah mereka.. tak mungkin aku mampu buat apa yang mereka lakukan.."

Air mata sab semakin laju jatuh berderai.. tak sanggup nak meneruskan membaca, tapi hati berdetik, "kalau kita yang hanya membaca pengalaman orang lain pon boleh menangis, apetah lagi orang yang memikulnya" jadi sab teruskan membaca.. dan sab dapati, walau pelbagai dugaan menimpa.., mereka tetap kuat dan tabah menghadapinya setiap hari.. malah, bebanan yang ditanggung itu bukan lah menjadi beban lagi, tp cabaran hidup..

so, sini sab nak share blog mereka.. bacalah dan hayatilah.. cuba fahami apa yang mereka lalui.. mungkin kita tak dapat nak rasa apa yang mereka rasa, tapi cuba kita ambil ikhtibar dan jadikan sebagai contoh untuk kita menjadi lebih positif dan kuat bagi menempuhi liku-liku hidup kita..



Wednesday, March 16, 2011

Dup dap Dup Dap~

Could it be? Could it really be?? Really?

*berdebar2.. dup dap dup dap*


lets pray to Allah swt... and hope everything turns out ok...
Amin.....

Tuesday, March 15, 2011

The Meaning of Sabrina & Faizal

As Salam & hye readers..

Hari ni saja je lah nak google2 nama sendiri.. *mcm lah korunk tak pernah buat* so type la 'the meaning of Sabrina in Greek' and 'the meaning of Sabrina'.. bila2 baca, tergelak dibuatnya.. korunk tgk sendirilah eh..

meaning and name origin
Sabrina \s(a)-bri-na, sab-rina\ as a girl's name is pronounced sa-BREE-nah. It is of Celtic origin. Mythology: the name of a Celtic maiden in a Welsh tale. In Celtic legend, Sabrina was the character who gave her name to the river Severn (in England). Known in modern times through the play and movie "Sabrina Fair". The name was used in the 19th and 20th centuries.

Sabrina has 11 variant forms: Breena, Brina, Sabreen, Sabreena, Sabrena, Sabrene, Sabrinna, Sabryna, Sebreena, Sebrina and Zabrina.

Baby names that sound like Sabrina are Sypriana, Sipriana, Supriana and Spring.

Popularity of Sabrina

Sabrina is a very popular first name for women (#312 out of 4276) but an uncommon surname or last name for all people. (1990 U.S. Census)
Displayed below is the baby names popularity of the name Sabrina for girls. (2010 statistics)
Popularity of name Sabrina
Popularity of Sabrina

Actually, Sabrina, a variant of Brianna, is of Celtic origin - the name means: high, noble, exalted.

Read more: http://wiki.answers.com/Q/What_does_Sabrina_mean_in_Greek#ixzz1GehN9Uf5


ok, sila gelak sekarang hahaahah!!!

well, maksud nama Sabrina dalam Arab is Kesabaran.. so nama sab ade Nur..,
jadilah Cahaya Kesabaran :)

*bila google nama faizal, ni yg sab jumpa hehehe..*

Faisal meaning and name origin

Faisal \fa(i)-sal\ as a boy's name is of Arabic origin, and the meaning of Faisal is "resolute". King Faysal of Saudi Arabia.


Baby names that sound like Faisal are Wassily, Vassily, Vasily, Vasili and Vasile.

Popularity of Faisal

Faisal is not a popular first name for men and an equally uncommon surname or last name for all people. (1990 U.S. Census)
Displayed below is the baby names popularity of the name Faisal for boys. (2010 statistics)
Popularity of name Faisal
Popularity of Faisal


hhehehehehe! adoi tak glemer pulak nama sayang... :p

tapi, dalam Arab.., Faizal bermaksud hakim ;)

Why You and Us Are Different?

We don't need to buy HUGE and EXPENSIVE DIAMOND ring for our wedding,
because it's the thought that counts

We don't need a GRAND wedding just to compete with our friends,
because attended by families and good friends are more than enough

We don't need a BIG bungalow house to show off to other people,
we just want a BIG happy family

We don't need a BIG and EXCLUSIVE car just to impress other people how rich we are,
we only want a simple and affordable car that comfort us
*why go all the trouble to pay RM1.5k every month just to impress people*

We don't need to buy EXPENSIVE and BRANDED attire just to look good,
because we look damn good even in the cheapest clothe

Lastly,
We don't need all that bullshit, because we have us.. and that is all matters in the world..
as long as we have each other and families, that is more than enough..


"Ya Allah, Kau permudahkanlah segala urusan kami, Kau kukuhkan lah hubungan kami dan dilimpahi rahmat.. Kau kurniakanlah zuriat yang soleh dan solehah.. Kau teguhkan lah Iman kami agar menjadi insan yang berguna kepada agama dan bangsa serta menjadi contoh ikutan buat anak-anak kami kelak.. Sesungguhnya hanya pada-Mu Ya Allah kami bermohon.. "

Our Fav Morning Radio Station

As Salam & Morning guys..

Today tak berapa nak sihat lah..asik sakit perut je dari kelmarin.. dah 2 malam tk leh tido :'(  so smlm dpt mc and rest kat rumah.. and today baru masuk.. well nak cite, every morning masa odw to work, jai suke bukak this one radio station.. dulu known as Light & Easy 105.7... but now dah diringkas kan nama to Lite Fm.. kitaorg suke sangat station ni coz lagu2 yg mostly oldschool hehehe.. well, nak buat camne,. kitaorg kan dah tua hahah!!! :D  even kat office pon sab bukak Lite Fm.. the whole day dgr station yg sama hehe.. layan plakk.. lgpn sab memang suke lagu2 lama.. so ape lagi, try lah dengar skali skale... :p

u guys can check them out here :


The Lite Breakfast with Zak & Sara .. awesomeee!!

Friday, March 11, 2011

Reception Pictures ;)

Make up done by Nurin Makeover

Our Master of Ceremony... Faiz a.k.a Tompok!! aaawwww ;p


Melodika Brothers from Bangi...!
ok mereka ni gile.. tp sy sayang mereka :)