Thursday, March 24, 2011

Ya Allah Ya Tuhanku..


Ya Allah,
Sesungguh aku pernah leka dengan kemewahan..
Aku pernah leka dengan hiburan..
Aku jadi alpa dengan keseronokkan..
Aku lupa segalanya Ya Allah..

Aku lupa erti halal haram..
Aku lupa erti agama Islam..
Aku lupa segala ajaran-Mu..
Aku hanya mengejar keseronokan duniawi..

Aku lupa pada hari pembalasan..
Aku lupa pada syurga-Mu..
Aku lupa pada hari tibanya ajalku..
Ya Allah.. hina nya hamba-Mu ini..

Tapi kini,
Alhamdulillah..
Kau telah bukakan mataku..
Kau telah bukakan hatiku..
Pengalaman lalu mengajarku..
Sejarah hitam menjadikan aku sedar..

Sedar akan segalanya..
Segala dosa-dosa ku..
Ya Allah.. aku beryukur..
Syukur ku ke hadrat-Mu Ya Allah..
Kau telah berikan ku peluang..
Peluang untuk aku mengenal apa itu kehidupan sempurna..
Sempurna sebagai seorang Islam..

Aku bersyukur dikurniakan seorang suami..
Suami yang dapat membimbing aku ke jalan yang benar..
Aku bersyukur Kau masih memanjangkan nyawa ibu bapa ku..
Agar meraka dapat mengajarku..
Sesungguhnya aku pernah menyakiti meraka..
Ya Allah, berdosa aku pada meraka..
Ibu Abah...

Ya Allah,
Aku bermohon pada-Mu keampunan..
Sesungguhnya aku tak layak ke syurga-Mu..
Tapi aku takut ke Neraka-Mu..
Kau ampunilah aku Ya Allah..
Kau ampunilah aku Ya Allah..
Kau ampunilah aku Ya Allah..

Aku Mencintai Mu Ya Allah..

No comments:

Post a Comment