Daisypath Anniversary tickers Lilypie Second Birthday tickers

Wednesday, March 30, 2011

Masalah Oh! Masalah...

Masalah Oh Masalah! Sapa Bole Bantu?
 
Cerita ni berdasarkan pengalaman aku sepanjang bekerja di tapak binaan selama lebih kurang 10 tahun...duduk sorang-sorang tu..tetiba teringat nak menulis pasal satu masalah ni..agak luar biasa masalah ni,jadi..siapa-siapa yang membaca..kalau boleh tolong,harap bantu lah yer?

Macam ni masalahnya :
 
Ade satu projek ni (projek gomen..hehe)..kerajaan nak develop satu projek pendidikan untuk rakyat tempatan,khabarnya nak buat universiti,lengkaplah frasarananya dengan learning centre,academic block,hostel,dewan serbaguna,perpustakaan dan..termasuklah satu bus-stop.Maka,bermula kerja-kerja pembinaan...pejam celik,pejam celik..dah dua tahun projek tu berjalan,kegigihan kontraktor Bumiputra ni memang tak dapat dinafikan..kerja bagus,kualiti superb,kerja tak pernah delay...pendek kata semua ok la..tersenyum lebar je Managing Director kontraktor Class-A tu tengok projek dia...masyukkkk~dah berkira-kira nak beli BMW X6..baru la competitor terbeliak mata tengok..kan?


Bile semua kerja dah hand-over pada client,selepas habis tempoh membaikipulih kecacatan(warranty)...tetiba client complaint kat kontraktor...ade masalah katanya kat bus-stop tu..kontraktor dah panik,ape pulak masalahnya ni..structure fail ke?specification salah ke?lantai retak ke?bumbung runtuh ke? habis la kena ganti..yang bangunan utama takde pulak complaint,sedangkan lagi la bertingkat-bertingkat,yang bus-stop cenonet tu pulak jadik masalah...warranty dah abis tempoh..rugi camni...nak tak nak,dengan rasa terpaksanya..dorang pon bawak la Engineer yang paling gempak kat Malaysia datang buat trouble-shoot,periksa punye periksa..takde pon rosaknya,semua ok..bukan main kukuh lagi bus-stop ni..habis digegar selagi mau tiang bus-stop tu,takde ape-ape pon...cat pon cun lagi...apa nih?ni yang nak marah nih!! kontraktor tu tak puas hati..dia pon pegi la tanya dgn client.".Ape masalahnye tuan? semua ok je..saya yakin kerja saya ikut spesifikasi...saya takdenye curik-curik kurangkan kualiti..." confident je kontraktor tu...


Client ckp "Masalahnye kat bus-stop tu takde bas pon yg nak berenti..kan masalah tu?" <--dengan muka tak bersalah mintak penampor jepun..
Kontraktor tepuk dahi 14x..camni punye org pon ade ke?????? $#&%^&*(%&#

cun kan? pelik nape takde bas yang nak berenti kat situ...ade hantu kot? 



geram!! aku geram!!

karate itu worang!!! - gambar hiasan je ok

universiti canggih,tapi bus-stop bas taknak berenti? camne? hehe
P/S : Kontraktor tu sekarang dikhabarkan dah gantung boot..tak larat layan kerenah client...hari-hari kena telan pain-killer =)

Nukilan:
Faizal~

No comments:

Post a Comment